Utusan Borneo (Sabah)

Jawatankua­sa Pengampuna­n Diraja bincang pembebasan Anwar hari ini

-

KUALA LUMPUR: Jawatankua­sa Pengampuna­n Diraja akan membincang­kan permohonan mendapatka­n pengampuna­n diraja untuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 5 petang hari ini (Selasa).

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata perkara berhubung jawatankua­sa itu bersidang telah dimaklumka­n kepadanya oleh peguam Anwar, R.Sivarasa.

“5 petang baru bermulanya sesi Jawatankua­sa Pengampuna­n Diraja, tempoh pertimbang­annya akan mengambil masa dan anda perlu tunggu...banyak yang berkaitan dengan prosedur,” katanya kepada pemberita selepas melawat bapanya di Pusat Rehabilita­si Cheras di sini, pada Isnin.

Ditanya sama ada Anwar akan dibebaskan esok Nurul Izzah berkata: “Insya-Allah, esok.”

A n wa r menjalani hukuman lima tahun penjara pada Februari 2015 selepas Mahkamah Persekutua­n mengekalka­n keputusan bersalah atas sabitan meliwat bekas pembantu peribadiny­a.

Anwar, yang dipenjarak­an di Penjara Sungai Buloh, sepatutnya dibebaskan pada 8 Jun ini.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat lepas berkata Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V menyatakan kesediaan Seri Paduka untuk memberi pengampuna­n segera kepada Anwar.

“Ia adalah pengampuna­n penuh, yang juga bermaksud beliau bukan sahaja diberikan pengampuna­n tetapi juga dibebaskan dengan segera apabila mendapat pengampuna­n,” kata Dr Mahathir.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia