Utusan Borneo (Sabah)

Kaji semula projek mega Malaysia, China

-

KUALA LUMPUR: Kajian semula projek mega antara Malaysia dan China perlu dilaksanak­an demi menjaga kepentinga­n rakyat tempatan.

Presiden Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (U I AM ), Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, hampir semua projek mega hanya mementingk­an sebelah pihak.

“Ini menunjukka­n selama ini kita tidak meneliti kepentinga­n domestik tetapi banyak memberi laluan kepada negara China sahaja.

“Misalnya, projek Forest City dan Bandar Malaysia yang secara jelasnya tidak mampu dimiliki oleh rakyat tempatan ,” katanya pada pemberita ketika ditemui selepas persidanga­n Ke Arah Melestarik­an Kerjasama Bersepadu Untuk Masa Hadapan di Institut Antarabang­sa Peradaban Islam dan Dunia Melayu (ISTAC), di sini, pada Isnin.

Bekas menteri luar itu berkata, pada masa ini, pelaburan China di Malaysia dianggarka­n bernilai US$162 bilion.

“China dengan sewenang wenangnya telah membina lapangan terbang dan pelabuhan di kawasan pertikaian di Laut China Selatan.

“Namun, kita di Asean dilihat masih berdiam diri dan tidak bersuara untuk mengekalka­n kepentinga­n negara di Asia Tenggara berhubung Laut China Selatan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mencadangk­an supaya diadakan satu majlis penyelidik­an China-Malaysia tentang pelbagai aspek termasuk sejarah, budaya, ekonomi, keselamata­n dan diplomasi.

“Kita mesti mewujudkan satu persefaham­an yang jelas terutama dari segi kebebasan berdagang dan keselamata­n di Laut China Selatan.

“Kita juga perlu menggunaka­n jasa baik China untuk memberi beberapa kemudahan penyelidik­an bagi universiti-universiti tempatan termasuk UIAM,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia