Utusan Borneo (Sabah)

Tiada sebarang laporan mengenai bekas Ketua Polis Negara

-

JEMPOL: Polis Diraja Malaysia belum menerima sebarang arahan atau laporan mengenai bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, yang membolehka­n pihaknya melakukan siasatan.

Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun jika ada sebarang laporan mengenai Khalid, pihaknya akan membuka kertas siasatan.

“Setakat ini kita tiada perkara hendak siasat, tetapi jika ada asas atau laporan daripada pihak tertentu, kita akan jalankan siasatan jika perlu

Tetapi setakat ini tiada arahan tertentu daripada mana-mana pihak diberikan kepada kita,” katanya, katanya dalam satu sidang media selepas perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol di sini, pada Isnin.

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan merasmikan bangunan IPD berkenaan.

Turut berangkat Tunku Ampuan Besar Negeri

Bernama

Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dan putera baginda Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun dan isteri Wan Hasni Wan Yusof serta Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Noor Azam Jamaludin.

Dalam perkembang­an lain, Mohamad Fuzi berkata kawalan ketat polis di laluan masuk ke kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Taman Duta di ibu negara sejak Ahad adalah sebagai langkah keselamata­n di kawasan itu. -Bernama

 ??  ?? YANG Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan menandatan­gani buku pelawat kehormat pada Majlis Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol pada Isnin. Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun (tiga,...
YANG Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan menandatan­gani buku pelawat kehormat pada Majlis Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol pada Isnin. Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun (tiga,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia