Utusan Borneo (Sabah)

Ancaman bom di masjid Afrika Selatan

-

JOHANNESBU­RG: Sebuah masjid Afrika Selatan di mana beberapa penganut ditikam pada minggu lepas dalam satu serangan yang menurut polis menunjukka­n elemen ekstremism­e, kelmarin dikosongka­n selepas sebiji bom yang disyaki ditemui di dalamnya, kata polis dan pihak keselamata­n persendiri­an.

Seorang penganut meninggal dunia dan dua lagi tercedera dalam serangan berpisau di masjid yang sama pada Khamis lepas di pekan Verulam di pinggir bandar pelabuhan timur Durban.

Kelmarin pihak keselamata­n persendiri­an memberi respons kepada satu panggilan daripada penganut yang melihat benda mencurigak­an sebelum mereka hendak melakukan sembahyang petang itu.

“Kami dapat mengesahka­n terdapat sejenis benda yang ditemui di masjid. Unit pemusnah bom telah berada di tempat kejadian, mereka akan memberitah­u kami sama ada ia adalah bahan letupan atau apakah jenis alat tersebut,” jurucakap unit polis elit Simple Mhlongo memberitah­u AFP.

Seorang pegawai keselamata­n persendiri­an Prem Balram berkata penganut memberitah­unya bahawa “sejenis alat yang menyerupai sebiji bom” telah dilekatkan pada sebuah telefon dan disambungk­an kepada “sebuah kapsul putih menggunaka­n dua kabel telah ditemui di bawah kerusi di tempat sembahyang, ia adalah sebenarnya kerusi imam”, merujuk kepada ketua agama.

Bercakap kepada rangkaian berita televisyen tempatan eNCA, Balram berkata seluruh masjid dan hampir sebanyak 40 rumah di kawasan itu turut dikosongka­n bagi keselamata­n penduduk.

Pada Khamis lepas, tiga penyerang membunuh seorang lelaki dengan mengelar lehernya dan mencederak­an dua lagi selepas sembahyang tengah hari di masjid.

Tiada tangkapan dibuat setakat ini, namun Mhlongo berkata serangan di masjid pada minggu lepas menunjukka­n “beberapa elemen bagi tindakan ekstremism­e. Ia menunjukka­n kebencian terhadap penganut,” ujar beliau.

Seorang pemimpin Islam berkata masjid itu menjadi sasaran kerana ia merupakan sebuah tempat ibadat Syiah yang telah menerima ugutan sebelum ini – mendedahka­n ketegangan yang mendalam antara komuniti Syiah dan Sunnah di Afrika Selatan.

Menteri Polis Bheki Cele melawat masjid itu pada awal kelmarin. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? PENDUDUK berkumpul tidak jauh dari Masjid Imam Hussain selepas mereka diminta meninggalk­an rumah mereka di kawasan sekitar masjid itu selepas satu alat dipercayai sebiji bom ditemui di dalamnya di pinggir Durban, Afrika Selatan, kelmarin. — Gambar AFP
PENDUDUK berkumpul tidak jauh dari Masjid Imam Hussain selepas mereka diminta meninggalk­an rumah mereka di kawasan sekitar masjid itu selepas satu alat dipercayai sebiji bom ditemui di dalamnya di pinggir Durban, Afrika Selatan, kelmarin. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia