Utusan Borneo (Sabah)

Lagi serangan nekad gegar Indonesia

Kali ini ibu pejabat polis menjadi sasaran, sekurang-kurangnya 10 tercedera

- Serahan Antara Foto yang dirakam Nanda Andrianta menunjukka­n Ketua Polis Surabaya, Rudi Setiawan, memegang gambar keluarga yang disyaki mengebom beberapa gereja, selepas serbuan di rumah mereka di Surabaya, Jawa Timur, kelmarin.

SURABAYA: Dua anggota militan yang menunggang sebuah motosikal telah meletupkan diri mereka sendiri di ibu pejabat polis di bandar raya kedua Indonesia di Surabaya semalam, mencederak­an sekurang-kurangnya 10 orang termasuk anggota polis, kata pihak berkuasa, sehari selepas satu gelombang pengeboman nekad melanda beberapa gereja.

Memetik rakaman CCTV dari tempat kejadian, jurucakap Polis Jawa Timur Frans Barung Mangera berkata seorang lelaki dan seorang wanita yang menunggang sebuah motosikal telah berhenti di pos pemeriksaa­n.

“Di sanalah letupan telah berlaku,” tambah beliau.

Pihak berkuasa berkata mangsa yang tercedera termasuk enam orang awam dan empat anggota polis.

Beberapa ambulans dan skuad bom tiba di tempat kejadian yang huru-hara dengan imej CCTV menunjukka­n sebuah motosikal yang remuk di pintu pagar keselamata­n di ibu pejabat yang terletak di tengah-tengah bandar.

Tiada pengakuan bagi siapa yang bertanggun­gjawab selepas pengeboman nekad terbaharu.

“Ini adalah satu tindakan bersifat pengecut, tidak bermaruah dan tiada perikemanu­siaan,” Presiden Indonesia Joko Widodo memberitah­u wartawan di Jakarta.

“Tidak akan ada kompromi dalam mengambil tindakan di atas dasar untuk menghalang keganasan.”

Letupan itu berlaku hanya sehari selepas sebuah keluarga seramai enam orang termasuk dua anak perempuan yang masih kecil melakukan pengeboman maut di tiga gereja di Surabaya semasa sembahyang kelmarin.

Sekurang-kurangnya 14 orang awam terbunuh dalam serangan tersebut, yang telah diakui oleh kumpulan Daesh (IS), dan angka mungkin meningkat dengan lebih 40 orang tercedera di hospital.

Negara kepulauan dengan kira-kira 17,000 pulau itu sudah lama berdepan dengan kegiatan militan Islam, termasuk pengeboman Bali pada 2002 yang mengorbank­an 202 nyawa – kebanyakan­nya pelancong asing – dalam serangan pengganas terburuk di negara ini.

Pengeboman gereja kelmarin merupakan serangan paling berdarah di Indonesia sejak beberapa tahun. Penyerang tersebut – seorang ibu dan bapa, dua anak perempuan berusia sembilan dan 12 tahun, dan dua anak lelaki berusia 16 dan 18 tahun – telah dikaitkan dengan rangkaian ekstremis tempatan Jamaah Ansharut Daulah (JAD) yang menyokong IS, jelas polis.

Pihak berkuasa berkata mereka mempercaya­i beberapa orang daripada keluarga tersebut telah pulang barubaru ini dari Syria, di mana ratusan rakyat Indonesia berkumpul sejak beberapa tahun untuk berjuang di samping IS dalam usahanya untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang diperintah oleh undang-undang Islam yang ketat.

Seramai tiga orang lagi dalam keluarga lain terbunuh dan dua tercedera apabila sebiji bom lain meletup di sebuah kompleks apartmen kira-kira 30 kilometer dari Surabaya, hanya beberapa jam kemudian, kata polis.

Ibu dan seorang kanakkanak meninggal dunia akibat letupan sementara polis menyatakan mereka telah menembak mati bapa yang membawa peledak bom.

Dua kanak-kanak lain tercedera dalam letupan itu dan dibawa ke hospital.

Tidak ada pengakuan bertanggun­gjawab segera bagi bom apartmen.

Dalam serangan gereja, si ibu, dikenali sebagai Puji Kuswati, dan dua anak perempuann­ya memakai tudung berniqab dan mempunyai bom yang dilekatkan di pinggang mereka ketika mereka memasuki kawasan Gereja Kristen Indonesia Diponegoro dan meletupkan diri mereka sendiri, menurut polis.

Si bapa, pemimpin kumpulan JAD Dita Priyanto, telah memandu sebuah kereta yang membawa bom ke arah Surabaya Centre Pentecosta­l Church sementara dua anak lelakinya menunggang motosikal ke arah gereja Santa Maria, di mana mereka meletupkan bahan letupan yang mereka bawa, kata pihak berkuasa.

JAD, diketuai oleh radikal yang dipenjarak­an Aman Abdurrahma­n, telah dikaitkan dengan beberapa insiden maut, termasuk satu serangan bersenjata dan nekad 2016 di ibu negara Jakarta yang menyebabka­n empat penyerang dan empat orang awam terbunuh.

Itu merupakan serangan pertama yang diakui oleh IS di Asia Tenggara.

Kelmarin pihak polis menyatakan empat anggota JAD yang disyaki telah terkorban dalam satu kejadian tembakan semasa serbuan dikaitkan dengan rusuhan penjara maut pada minggu ini.

Lima anggota skuad elit antikegana­san di Indonesia dan seorang banduan terbunuh dalam pertempura­n yang melihat banduan Islam menjadikan seorang pengawal sebagai tebusan di sebuah penjara kawalan ketat di luar Jakarta. IS telah mengaku bertanggun­gjawab.

Karnavian berkata serangan gereja kelmarin mungkin merupakan tindakan balas dendam bagi penahanan beberapa pemimpin JAD dan bagi krisis penjara yang kemudian melihat banduan radikal menyerah diri. — AFP

 ??  ?? — Gambar Reuters
— Gambar Reuters
 ??  ?? GAMBAR serahan Antara Foto yang dirakam Didik Suhartono menunjukka­n polis mengacu senapang ke arah seorang lelaki yang sedang diperiksa anggota polis lain selepas letupan bom nekad di ibu pejabat polis yang berhampira­n di Surabaya, Indonesia, semalam. — Gambar Reuters
GAMBAR serahan Antara Foto yang dirakam Didik Suhartono menunjukka­n polis mengacu senapang ke arah seorang lelaki yang sedang diperiksa anggota polis lain selepas letupan bom nekad di ibu pejabat polis yang berhampira­n di Surabaya, Indonesia, semalam. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia