Utusan Borneo (Sabah)

Dua pelancong Britain diculik di Congo dibebas

-

GOMA: Dua pelancong Bri-tain yang diculik di Republik Demokratik (DR) Congo sudah dibebaskan, kata kerajaan United Kingdom (UK) dan pegawai taman Congo kelmarin.

Kenderaan mereka telah diserang pada Jumaat lepas di Taman Negara Virunga di wilayah Kivu Utara, sebuah tempat terkenal dengan gorila dan spesies lain yang diancam bahaya.

Pengawal taman mereka telah dibunuh dan pemandu mereka turut diculik dan dicederaka­n.

Rakyat Britain itu kemudian dikenali sebagai Robert Jesty dan Bethan Davies telah dibebaskan tanpa sebarang kecederaan, kata kerajaan Britain.

“Saya berasa gembira untuk mengumumka­n bahawa dua rakyat Britain yang ditahan sebagai tebusan di Republik Demokratik Congo sudah dibebaskan,” Setiausaha Luar UK Boris Johnson berkata dalam satu kenyataan.

“Saya memberi penghargaa­n kepada pihak berkuasa DRC dan Congolese Institute for Nature Conservati­on untuk bantuan penat lelah mereka sepanjang kes yang teruk ini.”

Seorang jurucakap Pejabat Luar Negara memberitah­u AFP bahawa dua rakyat Britain itu tidak mengalami kecederaan dan pihak kementeria­n akan terus memberi sokongan kepada mereka dan keluarga mereka, yang telah memberikan satu ke-nyataan ringkas.

“Kami berasa sangat lega terdapat satu keputusan yang positif daripada penculikan itu dan sangat bersyukur dengan sokongan menakjubka­n yang kami terima,” kata mereka dalam kenyataan yang dikeluarka­n oleh pejabat luar negara.

Mereka turut menyatakan mereka tidak akan memberi komen lanjut dan meminta bagi privasi.

Johnson turut memberi penghormat­an kepada renjer Taman Virunga Rachel Ma-kissa Baraka, yang terkorban semasa penculikan, begitu juga dengan pengarah Taman Emmanuel de Merode, dari Belgium, yang berkata: “Kami berasa sangat sedih dengan kematian pengawal kami di taman tersebut, ketika melindungi penumpang dan pemandu.

“Kami ingin menyampaik­an ucapan takziah kami kepada keluarga beliau dan rasa syukur kami seikhlas hati untuk keberanian beliau semasa berkhidmat untuk Congo.”

Menurut laporan media tempatan, tentera Congo telah segera bertindak dalam cubaan mereka untuk mencari mangsa penculikan.

Cosma Wilungula, ketua Congolais Institute for the Conservati­on of

Nature (ICCN), memuji kerja “pasukan yang berani” yang membawa kepada satu “penyelesai­an segera kepada insiden ini.”

Salah satu kawasan pemulihara­an paling penting di dunia, Taman Virunga meliputi 7,800 kilometer persegi di sepanjang kawasan di timur DR Congo yang menutup sempadan dengan Uganda dan Rwanda. Ia turut meliputi sebahagian besar dari Tasik Edward dan lembah sungai Ishasha.

Ditubuhkan pada 1925, Virunga merupakan kediaman bagi kira-kira suku daripada populasi dunia bagi gorila gunung yang diancam bahaya kritikal, termasuk gorila tanah rendah timur, cimpanzi, okapi, singa, gajah dan badak sumbu.

Namun ia terletak di wilayah Kivu Utara di DR Congo, di mana kumpulan bersenjata telah berperang bagi kawalan terhadap sumber wilayah dan semula jadi, dan pemburuan haram adalah satu ancaman utama.

Lapan pengawal eko di Taman Virunga telah meninggal dunia ketika bertugas sejak permulaan tahun, menurut pihak pengurusan taman.

“Jumlah yang menyedihka­n ini sekali lagi menunjukka­n risiko yang diambil oleh para warden taman setiap hari bagi melindungi hidupan liar dan komuniti tepi air.”

Pada 2 April, seorang renjer taman terbunuh dalam satu serangan oleh lelaki bersenjata ketika mengawal kawasan sebuah loji hidroelekt­rik yang sedang dalam pembinaan.

Pada awal Mei, NGO British Global Witness telah menerbitka­n dokumen yang menurutnya menunjukka­n kerajaan Congo merancang “mengubah status” 20 peratus daripada kawasan di taman tersebut untuk mencari minyak.

Berikutan dengan pendedahan tersebut – dinafikan oleh menteri petrol dan gas DR Congo Aime Ngoi Mukena – 33 NGO Congo telah menulis kepada beliau bagi meluahkan “kemarahan” mereka. — AFP

 ??  ?? GAMBAR tidak bertarikh serahan Pejabat Media bagi Pejabat Komanwel dan Luar Negara menunjukka­n dua pelancong Britain, yang dibebas kelmarin selepas diculik di DR Congo, bergambar di lokasi tidak diketahui. — Gambar AFP
GAMBAR tidak bertarikh serahan Pejabat Media bagi Pejabat Komanwel dan Luar Negara menunjukka­n dua pelancong Britain, yang dibebas kelmarin selepas diculik di DR Congo, bergambar di lokasi tidak diketahui. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia