Utusan Borneo (Sabah)

Delegasi Korea Utara lawat China: NHK

-

BEIJING: Satu delegasi Korea Utara tiba di Beijing semalam, lapor media Jepun, ketika dua sekutu itu memperting­katkan hubungan diplomatik menjelang satu pertemuan penting antara Kim Jong Un dan Donald Trump.

Badan penyiaran Jepun NHK menunjukka­n gambar pegawai yang meninggalk­an kawasan VIP di lapangan terbang di bandar China.

NHK kemudian berkata kumpulan itu sudah tiba di rumah tetamu kerajaan Diaoyutai walaupun identiti pelawat masih belum disahkan.

Laporan muncul seminggu selepas Kim melakukan kunjungan keduanya ke China dalam tempoh kurang daripada dua bulan untuk bertemu sekali lagi dengan Presiden Xi Jinping.

Kunjungan Kim yang terbaharu adalah ke bandar pelabuhan timur laut Dalian, ketika kedua-dua negara cuba memperbaik­i hubungan yang tegang dengan kecairan diplomatik semakin meningkat di rantau tersebut.

Hubungan jatuh ke peringkat rendah baharu pada tahun lepas ketika Beijing, berang dengan ujian nuklear dan misil Pyongyang, menyokong satu siri sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap sekutu era Perang Dinginnya.

Tetapi Beijing ingin mengelak diketepika­n daripada persidanga­n bersejarah Kim pada bulan lepas dengan Presiden Korea Selatan Moon Jae-in dan menjelang pertemuan akan datang dengan Trump di Singapura pada 12 Jun.

Pakar berkata Kim turut perlu mengekalka­n hubungan baik dengan penaung utama negaranya untuk menyokong beliau ketika persidanga­n dengan Trump berlangsun­g.

Kim, yang memilih Beijing sebagai lawatan rasmi pertamanya ke luar negara pada Mac, turut menjemput Xi untuk melawat Korea Utara. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia