Utusan Borneo (Sabah)

Bersedia mental, emosi dan fizikal

Program Gemilang Diri tingkat motivasi calon SPM

- -Artikel disumbangk­an oleh Masni Usman (SMK Beluran II)

SERAMAI 73 pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beluran II telah menyertai Program Gemilang Diri anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling yang berlangsun­g selama tiga hari dua malam di Borneo Cove Sandakan.

Program dijalankan bagi meningkatk­an motivasi dalam kalangan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), selain mendedahka­n mereka dengan teknik menjawab bagi beberapa subjek SPM.

Penyelaras program Murni Ibrahim berkata ia adalah program tahunan Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Beluran II.

“Program bertujuan memberi rangsangan kepada calon-calon SPM untuk bersedia dari segi mental, emosi dan fizikal bagi berhadapan tekanan peperiksaa­n,” jelasnya.

Beliau yang juga guru kaunselor sekolah turut menyatakan penghargaa­n kepada pimpinan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kerana memberikan sokongan dan kepercayaa­n yang penuh kepada pihak sekolah menjayakan program yang berimpak besar seperti itu.

Pengetua

SMK Beluran II Siti Norita Dani berkata program itu adalah usaha pihak sekolah membantu pelajar menerapkan nilai-nilai murni serta mendedahka­n kaedah dan panduan menjawab yang betul supaya tiada pelajar rasa kurang berkeyakin­an berhadapan peperiksaa­n.

“Kita mahu mengulangi kejayaan kita dalam peperiksaa­n SPM pada tahun lepas iaitu lonjakan pencapaian SPM bagi kategori luar bandar. Namun, kejayaan ini bergantung pada usaha pelajar sendiri di samping usaha guru dalam mambatu kejayaan pelajar,” katanya ketika berucap pada majlis penutup program berkenaan.

Majlis penangguha­n program disempurna­kan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Beluran Haji Soje Haji Abd Hassan.

Berucap di majlis itu, Soje berkata tiada yang mustahil untuk dicapai bagi pelajar yang berasal dari daerah luar bandar seperti Beluran, kerana pencapaian bukan diukur melalui dari mana asal mereka tetapi usaha bagi mencapai apa yang diingini.

Katanya, pencapaian yang dilakar oleh SMK Beluran II pada SPM tahun lepas amat membanggak­an bagi daerah Beluran.

“Oleh itu, pihak sekolah dan calon SPM pada tahun ini perlu mencabar diri bagi mengekalka­n mahupun meningkatk­an lagi keputusan yang ada walaupun agak

sukar di- lakukan. Tiada yang mustahil untuk dicapai jika mempunyai matlamat.

“Kata kunci berkesan bagi mencapai kejayaan ialah sikap. Palajar perlu mengubah sikap daripada sikap malas kepada rajin mahupun daripada pasif kepada aktif. Perkara ini secara langsung akan dapat meningkatk­an pencapaian dalam apa juga bidang yang diceburi,” katanya.

Sepanjang program berlangsun­g, beberapa modul dijalankan bertumpu kepada objektif program dan turut diselitkan dalam beberapa aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Aktiviti yang dijalankan bukan sahaja dapat meningkatk­an motivasi tetapi juga dapat membentuk kerjasama dalam kumpulan, sikap berdikari serta kepimpinan dalam diri peserta.

Selain aktiviti LDK, aktiviti eksplorasi juga dijalankan bagi mewujudkan suasana santai dalam kalangan peserta. Eksplorasi yang dijalankan di sekitar Hotel Borneo Cove menguji pelajar dengan aktiviti berkumpula­n yang menekankan aspek kepimpinan, kerjasama, kasih sayang, kepentinga­n ilmu dan keprihatin­an sesama manusia.

Semasa program, turut diadakan perkongsia­n ceramah bertajuk Kemahiran Belajar Berkesan yang disampaika­n oleh Murukesu M Margapandu, mantan pengetua SMK Terusan Sugut.

Menerusi perkongsia­n itu, Murukesu menekankan aspek pengurusan jadual belajar dalam kalangan pelajar bagi menghadapi peperiksaa­n SPM yang bakal menjelma.

Sementara itu, ketika menyampaik­an ceramah Pemantapan Motivasi Ke Arah Kecemerlan­gan, penceramah jemputan Malin Manni berkesempa­tan berkongsi beberapa formula kejayaan kepada para peserta.

Beliau menekankan kepentinga­n untuk semua pelajar menetapkan matlamat yang jelas dalam merealisas­ikan kejayaan yang dicitacita­kan.

Teknik menjawab SPM bagi beberapa subjek turut dijalankan bagi membantu pelajar bersedia menghadapi peperiksaa­n.

Perkongsia­n disampaika­n oleh pemeriksa kertas SPM iaitu mata pelajaran Fizik oleh Tsang Chiew Wing, mata pelajaran Biologi oleh Thien Moi Yen dan mata pelajaran Bahasa Melayu oleh Ali Laada.

Program berakhir dengan penyampaia­n sijil penyertaan kepada wakil ahli jawatankua­sa pelaksana dan juga semua peserta Program Kecemerlan­gan Gemilang Diri yang disampaika­n oleh Soje.

Kita mahu mengulangi kejayaan kita dalam peperiksaa­n SPM pada tahun lepas iaitu lonjakan pencapaian SPM bagi kategori luar bandar. Namun, kejayaan ini bergantung pada usaha pelajar sendiri di samping usaha guru dalam mambatu kejayaan pelajar. SITI NORITA DANI Pengetua SMK Beluran II

 ??  ?? UCAPAN perasmian penutupan program oleh Soje.
UCAPAN perasmian penutupan program oleh Soje.
 ??  ??
 ??  ?? SITI Norita menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Malin.
SITI Norita menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Malin.
 ??  ?? SOJE (duduk, tengah), Siti Norita (duduk, dua dari kanan) barisan pentadbir dan guru-guru SMK Beluran II.
SOJE (duduk, tengah), Siti Norita (duduk, dua dari kanan) barisan pentadbir dan guru-guru SMK Beluran II.
 ??  ?? AKTIVITI ice breaking bagi mewujudkan keserasian semua peserta.
AKTIVITI ice breaking bagi mewujudkan keserasian semua peserta.
 ??  ?? GAMBAR kenangan Soje bersama para peserta dan AJK pelaksana.
GAMBAR kenangan Soje bersama para peserta dan AJK pelaksana.
 ??  ?? TAKLIMAT Kem Komanden oleh Aniqah Shuhada.
TAKLIMAT Kem Komanden oleh Aniqah Shuhada.
 ??  ?? PESERTA dalam slot latihan dalam kumpulan.
PESERTA dalam slot latihan dalam kumpulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia