Utusan Borneo (Sabah)

BAM hantar wakil sesi pendengara­n kes Zulfadzli

-

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak akan membantu pemain profesiona­l Zulfadli Zulkiffli untuk membayar denda yang dikenakan Persekutua­n Badminton Dunia (BWF) ke atasnya kerana didapati bersalah mengatur perlawanan.

Presiden BAM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata pihak BAM hanya bersedia menghantar wakil ke sesi pendengara­n rayuan bekas juara remaja dunia itu.

Mohamad Norza berkata Zulfadli telah mengemukak­an surat permohonan yang meminta bantuan daripada pihak BAM dalam membayar denda dan membantuny­a dalam proses rayuan.

“BAM tidak akan membayar denda (Zulfadli). Kita telah membalas surat (Zulfadli) mengatakan bahawa BWF membenarka­n beliau untuk mengemukak­an rayuan tanpa membayar dahulu denda itu dan ia boleh dilaksanak­an selepas proses rayuan.

Kedua, kita bersetuju untuk menghantar wakil kita ke pendengara­n rayuan tersebut untuk menentukan bahawa proses itu dijalankan dengan adil dan saksama. Kes itu (mengatur perlawanan) adalah di antara beliau dan peguamnya, kita hanya menjadi pemerhati,” katanya selepas mempengeru­sikan mesyuarat pertama Lembaga Eksekutif Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di Wisma OCM di sini pada Isnin.

Mohamad Norza dipilih sebagai Presiden MOM yang baharu selepas menang tanpa bertanding apabila presiden sebelumnya Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar melepaskan jawatan itu selepas memegangny­a selama 20 tahun.

Zulfadli, 25, dikenakan tindakan gantung 20 tahun daripada sebarang aktiviti berkaitan sukan badminton berkuat kuasa 12 Jan lepas dan didenda AS$25,000 (RM98,000) selepas BWF mendapati pemain itu bersalah kerana mengatur perlawanan pada 2 Mei lepas.

Mengulas mengenai kesudian BAM membantu Zulfadli yang sebelum ini telah beberapa kali menolak pelawaan menyertai badan induk sukan badminton negara itu, Mohamad Norza berkata ia sudah menjadi tanggungja­wab BAM untuk menyelesai­kan isu berkaitan sukan badminton di negara ini.

“Kita membantu sekadar dalam bidang kuasa kita kerana kita tidak boleh lari dari hakikat bahawa apa sahaja yang berkaitan dengan badminton di negara ini di bawah tanggungja­wab persatuan... namun kita tidak campur tangan dalam kes itu,” katanya.

Pada 2 Mei lepas, selain - Gambar BERNAMA Zulfadli, BWF turut mengenakan hukuman gantung 15 tahun kepada seorang lagi pemain badminton profesiona­l negara, Tan Chun Seang berkuat kuasa 12 Jan lepas selepas didapati bersalah mengatur perlawanan.

Chun Seang juga turut dikenakan denda US$15,000 (RM58,905) kerana kesalahan mengatur perlawanan. - Bernama

 ??  ??
 ??  ?? NORZA (dua kiri) ketika mempengeru­sikan Mesyuarat Lembaga Eksekutif MOM di Wisma MOM pada Isnin.
NORZA (dua kiri) ketika mempengeru­sikan Mesyuarat Lembaga Eksekutif MOM di Wisma MOM pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia