Utusan Borneo (Sabah)

Sabah bawa pulang 8 emas

Kejohanan Olahraga Kebangsaan Terbuka Malaysia

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Atlet Sabah berjaya membawa pulang lapan emas dari Kejohanan Olahraga Kebangsaan Terbuka Malaysia Ke-95, 2018 yang berakhir di Stadium Kebangsaan, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Ahad.

Selain itu, pasukan negeri ini juga memenangi dua perak dan tujuh gangsa dari kejohanan tiga hari itu untuk menduduki tempat ketiga keseluruha­n dibelakang juara Angkatan Tentera Malaysia yang membolot 21 emas, 12 perak dan lima gangsa diikuti Johor dengan sembilan emas, sembilan perak dan lapan gangsa ditempat kedua.

Sabah bermula baik dengan memenangi tiga emas, satu perak dan dua gangsa pada hari pembukaan.

Pingat emas dimenangi menerusi peringkat umur 20 tahun ke bawah menerusi Andre Anura (lompat jauh dengan jarak 7.50 meter (m)), Ikma Syaffiera Duris (100m dengan catatan masa 12.41 saat (s)) dan Mohd Alif Mohd Razi (merejam lembing dengan jarak 58.23m).

Pingat perak diperoleh menerusi Azwan Bunjing (10,000m terbuka lelaki dengan catatan masa 34 minit dan 20.54 saat (34.20.54s), sambil pingat gangsa disumbangk­an oleh Puteri Nur Safirah Gajali (400m bawah 20 tahun perempuan dengan masa 60.53s) dan Beckham Buing (merejam lembing terbuka lelaki dengan jarak 53.37m).

Di hari kedua, Sabah meneruskan pesta pingat dengan memenangi empat emas, satu perak dan empat gangsa.

Jaguh Asia Tenggara yang juga juara Sukan SEA KL 2017; Rayzam Shah Wan Sofian mengepalai senarai pemenang pinga temas dengan menjuarai acara kegemaran 110m lari berpagar terbuka lelaki dengan catatan masa 14.12s.

Sabah kemudiaann­ya memenangi tiga lagi pingat emas menerusi peringkat umur 20 tahun ke bawah melalui Halimatul Saadiah Mohd Raja (100m lari berpagar perempuan dengan catatan masa 15.42s), Mohd Eizlan Dahalan (lompat tinggi lelaki dengan ketinggian 2.10m0 dan Benedict Ian Gawok (110m lari berpagar lelaki dengan masa 14.15s).

Pingat perak diperoleh menerusi Mohd Din Norbik dalam acara 200m lelaki dengan catatan masa 21.97s.

Sambil empat gangsa disumbangk­an oleh Liz Steffenie Mawos (lompat jauh perempuan dengan jarak 5.22m), Mohd Nur Musyaaraf (200m lelaki dengan masa 22.37s), Nobeneca Pinalus (melempar cakera perempuan dengan jarak 34.00m) dan Maslan Mosrin (lompat tinggi lelaki dengan ketinggian 1.91m). Kesemua empat pingat itu di menang menerusi peringkat umur 20 tahun kebawah.

Di hari ketiga, Sabah memenangi satu emas melalui Andre Anura menerusi acara lompat kijang lelaki bawah 20 tahun dengan jarak 15.69m dan satu gangsa menerusi acara 4x100m wanita.

 ??  ?? (Gambar kiri) ANTARA Atlet Sabah yang menyertai Kejohanan Olahraga Kebangsaan Terbuka Malaysia Ke95, 2018 merai kejayaan setibanya di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK) pada Isnin.
(Gambar kiri) ANTARA Atlet Sabah yang menyertai Kejohanan Olahraga Kebangsaan Terbuka Malaysia Ke95, 2018 merai kejayaan setibanya di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK) pada Isnin.
 ??  ?? (Gambar atas) RAYZAM (tengah) meraikan kejayaan bersama pemenang pingat perak Al Youha Yaqub (kiri) dari Kuwait dan pemenang pingat gangsa Clinton Kingsley Bautista dari Filipina.
(Gambar atas) RAYZAM (tengah) meraikan kejayaan bersama pemenang pingat perak Al Youha Yaqub (kiri) dari Kuwait dan pemenang pingat gangsa Clinton Kingsley Bautista dari Filipina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia