Utusan Borneo (Sabah)

Neymar dinobat Pemain Terbaik Perancis

-

PARIS, Perancis: Neymar dipilih sebagai Pemain Terbaik Perancis pada satu majlis penganuger­ahan di Paris Ahad lepas dan kemudian mengenepik­an spekulasi mengenai masa depannya.

Penyerang kelab Paris Saint Germain (PSG) itu menerima anugerah walaupun tidak beraksi pada tiga bulan terakhir musim kerana kecederaan.

Pemain paling mahal di dunia itu menjaringk­an 19 gol dari 20 perlawanan liga untuk PSG sebelum mengalami kecederaan pada bulan Februari yang memerlukan pembedahan di tanahairny­a, Brazil.

Beliau tidak bermain sejak dari itu dan hanya kembali ke Perancis dari Brazil pada awal bulan ini, membangkit­kan spekulasi di mana beliau akan meninggalk­an kelab hanya selepas satu musim.

“Saya berasa terharu dan sangat gembira dengan musim kelab. Ia satu penghormat­an. Tanpa rakan-rakan sepasukan, saya tidak akan menerima anugerah ini,” kata penyerang berusia 26 tahun itu, yang menerima anugerah dari rakan senegarany­a, Ronaldo.

Neymar, yang menyertai sambutan kejuaraan Ligue 1 Perancis bersama PSG dalam padang Sabtu lepas, enggan mengulas tentang masa depannya selepas menerima anugerah.

“Kita bercakap tentang perkara ini setiap masa pasaran perpindaha­n pemain. Saya tidak mahu bercakap apa-apa ketika ini,” kata beliau.

“Semua orang tahu kenapa saya datang ke sini, apa sasaran saya. Sekarang, sasaran saya ialah Piala Dunia, bukan tentang perpindaha­n.”

Neymar menewaskan dua rakan sepasukann­ya di PSG, Edinson Cavani dan Kylian Mbappe selain pemain sayap Marseille, Florian Thauvin. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia