Utusan Borneo (Sabah)

Juventus sahkan kejuaraan Serie A Itali ketujuh berturut-turut

-

ROM, Itali: Jurulatih Juventus, Massimilia­no Allegri memuji mentaliti kemenangan pasukannya ketika mereka mengesahka­n kejuaraan Serie A Itali buat kali ketujuh berturut-turut Ahad lepas apabila seri tanpa jaringan dengan AS Roma di Stadio Olimpico.

Juventus memerlukan hanya satu mata untuk mengesahka­n kejuaraan liga buat kali ke-34 dalam sejarah kelab dan menjadi pasukan pertama memenangi kejuaraan berganda – Serie A dan Piala Itali untuk empat musim berturut-turut.

Roma bermain 20 minit terakhir dengan kurang seorang pemain selepas Radja Nainggolan dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua ekoran kekasaran ke atas Paulo Dybala.

Juventus juga memenangi Piala Itali di Stadio Olimpico pada hari Rabu apabila menewaskan AC Milan 4-0.

Dengan baki satu perlawanan, Juventus tidak dapat dikejar oleh Napoli, yang kurang empat mata di belakang walaupun menang 2-0 di Sampdoria pada hari yang sama.

“Ia bukan mudah untuk mengekalka­n mentaliti yang betul beberapa hari selepas memenangi Piala Itali,” kata Allegri.

“Saya fikir kekuatan terbaik pasukan ialah mengekalka­n keadaan tenang dalam semua situasi. Anda melangkah ke objektif terakhir dengan satu langkah kecil setiap masa.

“Ia adalah sukar dan kami harus memuji Napoli kerana mereka terus memberi tekanan sehingga ke akhir dan menang di Sampdoria.

“Kami bekerja-keras tetapi apabila ia masa untuk meraikan selepas empat tahun yang hebat, ia adalah berhak di mana semua orang meraikanny­a.

“Jika anda terlalu gembira, anda akan hilang rentak tiga hari kemudian.”

Roma, skuad kendalian Eusebio Di Francesco, sudah mengesahka­n kelayakan ke Liga Juara-Juara musim hadapan apabila pencabar terdekat, Inter Milan tewas 1-2 kepada Sassuolo pada perlawanan hari Sabtu.

“Juventus mempunyai mentaliti istimewa yang dibina sejak beberapa tahun,” kata Di Francesco.

“Ia adalah sebuah kelab yang berjaya terus bersatu mengharung­i kesukaran. Mereka adalah satu contoh ikutan pasukan lain.”

Juventus akan bermain perlawanan terakhir mereka di Turin hujung minggu lepas dan Allegri menjanjika­n sambutan luar biasa.

“Ada pemain di sini yang memenangi kesemua tujuh kejuaraan dan selayaknya mendapat penghargaa­n dari penyokong di stadium mereka sendiri. Kami mahu meraikanny­a bersama-sama penonton,” tambah Allegri. — AFP

 ??  ?? PARA pemain Juve meraikanke­jayaan mereka menjuarai Serie A Itali selepas tamat perlawanan liga di Stadio Olimpico — Gambar Reuters
PARA pemain Juve meraikanke­jayaan mereka menjuarai Serie A Itali selepas tamat perlawanan liga di Stadio Olimpico — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia