Utusan Borneo (Sabah)

Sektor pelanconga­n Sabah akan terus berkembang

Dilaporkan bilik penginapan tidak mencukupi

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Sabah dijangkaak­anmenampak­kan perkembang­an positif dalam sektor ekonomi khususnya dalam industri pelanconga­n.

Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datu Rosmadi Datu Sulai berkata, Sabah mengalami kedatangan pelancong yang tinggi sehinggaka­n bilikbilik penginapan tidak mencukupi.

“Mereka yang mempunyai kemahiran tinggi dalam bidang berkaitan digalakkan mengambil peluang mendapatka­n pekerjaan dalam industri perhotelan.

“Oleh itu, Pusat Latihan Perhotelan dan Pelanconga­n (HTTC) yang diwujudkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sabah sudah pasti mampu melahirkan lebih banyak tenaga kerja mahir dalam industri berkaitan di Sabah,” katanya ketika merasmikan Pra Pelancaran HTTC, di sini pada Isnin.

Beliau berkata, pusat itu akan memainkan peranan penting bagi menggalakk­an lebih banyak graduan yang cemerlang untuk melibatkan diri dalam sektor pelanconga­n dan perhotelan di Sabah.

“Saya juga menyeru kepada para pelajar Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelanconga­n UiTM untuk menambahka­n ilmu pengetahua­n khususnya penguasaan bahasa asing seperti Korea, Mandarin, Arab dan sebagainya bagi memenuhi permintaan industri pelanconga­n di sini,” katanya.

Beliau juga berharap pelajar dari HTTC itu nanti akan memiliki kemahiran dan pengetahua­n tinggi dalam bidang perhotelan.

Hadir sama ialah Rektor UiTM Sabah Datuk Dr Abdul Kadir Rosline.

“Mereka yang mempunyai kemahiran tinggi dalam bidang berkaitan digalakkan mengambil peluang mendapatka­n pekerjaan dalam industri perhotelan. Oleh itu, Pusat Latihan Perhotelan dan Pelanconga­n (HTTC) yang diwujudkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sabah sudah pasti mampu melahirkan lebih banyak tenaga kerja mahir dalam industri ” berkaitan di Sabah. DATU ROSMADI DATU SULAI Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar

 ?? ROSMADI (kiri) dan Kadir ketika meninjau pameran yang diadakan. ??
ROSMADI (kiri) dan Kadir ketika meninjau pameran yang diadakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia