Utusan Borneo (Sabah)

Kastam Johor tumpaskan penyeludup­an rokok putih bernilai RM3.6 juta

-

JOHOR BAHRU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor menumpaska­n penyeludup­an rokok putih pelbagai jenama dianggarka­n bernilai RM3.6 juta termasuk cukai dalam serbuan di kawasan kebun kelapa sawit, di Jalan Mersing-Kota Tinggi, Sungai Ambat dekat Mersing, hujung bulan lepas.

Pengarah Kastam Johor Datuk Mohammad Hamiddan Maryani berkata kesemua rokok itu membabitka­n 649 kotak berjumlah 6.4 juta batang rokok sekali gus merupakan rampasan terbesar dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, di negeri ini.

“Bertindak atas maklumat dan risikan selama tiga bulan, sepasukan pegawai kastam menyerbu kebun kelapa sawit itu pada kira-kira 11 pagi, 30 April lepas, lalu menemukan sebuah kontena berukuran 20 kaki dipercayai dijadikan sebagai tempat penyimpana­n sementara rokok putih berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.

Mohammad Hamiddan berkata kesemua rokok tersebut membabitka­n pelbagai jenama termasuk Email, Luckman, Luffman, Canyon dan John White bernilai RM769,200 dan cukai berjumlah RM2.9 juta.

Beliau berkata kesemua rokok itu dipercayai dibawa masuk dari negara jiran melalui jalan laut dan didaratkan di persisiran pantai sebelum diangkut serta disimpan di kebun kelapa sawit berkenaan.

Menurutnya, rokok itu dipercayai untuk edaran di negeri ini, Kuala Lumpur dan pantai timur Semenanjun­g.

Katanya, selain rokok, pihaknya turut menyita sebuah kenderaan Honda Jazz dipercayai digunakan untuk mengangkut rokok tersebut bagi tujuan edaran.

“Tiada tangkapan dilakukan dan kesemua barangan rampasan termasuk kenderaan berkenaan dibawa ke pejabat JKDM Mersing untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya. - Bernama

 ??  ?? MOHAMMAD Hamiddan (tiga, kiri) bersama pegawainya melihat rokok putih pelbagai jenama yang dirampas ketika mengadakan sidang media di Menara Kastam pada Isnin. Kastam negeri berjaya mematahkan cubaan menyeludup dan mengedar rokok putih pelbagai jenis...
MOHAMMAD Hamiddan (tiga, kiri) bersama pegawainya melihat rokok putih pelbagai jenama yang dirampas ketika mengadakan sidang media di Menara Kastam pada Isnin. Kastam negeri berjaya mematahkan cubaan menyeludup dan mengedar rokok putih pelbagai jenis...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia