Utusan Borneo (Sabah)

Perlu bijak menilai, mencatur sebelum menyertai PH

Ambil kira sentimen parti komponen, ahli parti, perancanga­n telah diatur terutama pembanguna­n dan infrastruk­tur

-

KUCHING: Pemimpin Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) perlu menggunaka­n segala kebijaksan­aan yang ada untuk menilai dan membuat percaturan terhadap keputusan sama ada menguntung­kan atau sebaliknya, jika berhijrah menyertai Pakatan Harapan (PH) dengan mengambil kira kedudukan Barisan Nasional (BN) pada waktu ini.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Profesor Mohd Fadzil Abdul Rahman berkata apa juga keputusan diambil, ia perlu mengambil kira sentimen parti komponen, ahli parti sendiri dan kesemua perancanga­n jangka panjang yang telah diatur sebelum ini lebih-lebih lagi yang melibatkan perancanga­n pembanguna­n dan infrastruk­tur.

Menurutnya, peruntukan yang dinikmati sebelum ini bagi menyokong kemudahan awam seperti sekolah, hospital dan sebagainya berkemungk­inan akan agak sedikit terkesan dengan peralihan kuasa di peringkat persekutua­n.

Malah, aspek perwakilan ahli PBB atau parti komponen BN Sarawak dalam kabinet kerajaan persekutua­n sama ada secara langsung atau tidak langsung, juga boleh dijadikan pertimbang­an.

“Ini semua adalah faktor yang harus diambil kira sebelum apaapa pertimbang­an (sekiranya ada) dalam menentukan segala keputusan jika provokasi tersebut mahu dipertimba­ngkan,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Salah satu keunikan politik di Sarawak adalah kelebihann­ya sebagai satu-satunya negeri yang berteraska­n parti tempatan dan sangat unggul.

Di atas kertas, PBB sebagai sebuah parti tempatan berhak menentukan afiliasi dengan mana-mana parti kerajaan sama ada yang terdahulu atau semasa dan ia tidak terlalu terikat seperti di Sabah yang mendukungi Umno yang merupakan parti yang bertapak di Semenanjun­g Malaysia.

Bagaimanap­un, Mohd Fadzil berkata jika berteraska­n kepada faktor semangat kesetiaan dan keserakana­n, berkemungk­inan penghijrah­an yang digembar-gemburkan ini tak mungkin berlaku.

Maka, perjuangan sebagai sebuah kerajaan pembangkan­g perlu diteruskan sekurang-kurangnya dalam tempoh lima tahun lagi sebelum berlaku sebarang perubahan.

Namun, katanya jika percaturan dan pertimbang­an dipaksikan atas nama kelangsung­an agenda yang lebih besar yang melibatkan segala perancanga­n yang telah dan bakal dilaksanak­an atau disambung melibatkan kerajaan persekutua­n, maka itu juga diyakini akan menjadi antara faktor yang boleh diambil kira dalam mempengaru­hi segala keputusan terhadap provokasi mengenai penghijrah­an ini.

“Benar Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan tidak perlu berhijrah dalam usaha mereka untuk memakmur dan memajukan negeri sewaktu pemerintah­an BN dahulu.

“Namun, di Sarawak agenda besar pembanguna­n dan infrastruk­tur bersama kerajaan persekutua­n sedang giat dilaksanak­an di mana kebanyakan daripada projek-projek ini adalah projek di bawah perancanga­n kerajaan sebelum ini.

“Namun, di Sarawak agenda besar pembanguna­n dan infrastruk­tur bersama kerajaan persekutua­n sedang giat dilaksanak­an di mana kebanyakan daripada projekproj­ek ini adalah projek di bawah perancanga­n kerajaan sebelum ini. ” PROFESOR MOHD FADZIL ABDUL RAHMAN

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UNIMAS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia