Utusan Borneo (Sabah)

Dua lelaki tempatan miliki selaras senapang patah ditahan

-

BINTULU: Dua lelaki tempatan berumur 26 hingga 37 tahun ditahan polis kerana memiliki selaras senapang patah dalam satu tangkapan di sini malam Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superinten­den Zulkipli Suhaili berkata suspek pertama yang berusia 26 tahun ditahan Polis Bantuan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) ketika melakukan rondaan di Jalan Taman Perindustr­ian Samalaju (SIP) sebelum diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

“Pemeriksaa­n dijalankan ke atas 4WD milik lelaki terbabit menjumpai selaras senapang patah buatan sendiri berserta dua butir peluru,” katanya pada Ahad.

Menurutnya, turut ditemui sebilah pedang samurai, pemotong logam, gergaji besi, peralatan menghisap dadah serta beberapa peralatan lain dirampas bagi dijadikan bahan bukti kes.

Menurut Zulkipli, penahanan suspek pertama turut menjurus kepada penahanan suspek kedua iaitu seorang lelaki berumur 37 tahun yang menyerah diri ke Balai Polis Bintulu bagi membolehka­n siasatan dijalankan.

“Pada masa sekarang polis sedang menjalanka­n siasatan berhubung kes ini bagi mengetahui tujuan sebenar kedua-dua suspek memiliki senapang patah buatan sendiri itu serta objek tajam lain,” jelas beliau.

Kedua-dua suspek dikenakan tahanan reman empat hari sehingga 16 Mei ini.

Dua kertas siasatan akan dibuka bagi menyiasat kes ini iaitu Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 dan jika disabit kesalahan kedua-dua suspek bakal berhadapan dengan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau keduanyadu­anya.

Manakala Seksyen 6 (1) Akta Bahan K a kisa n Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun serta sebatan.

 ??  ?? SELARAS senapang patah buatan sendiri dirampas daripada seorang lelaki tempatan pada malam Khamis lalu.
SELARAS senapang patah buatan sendiri dirampas daripada seorang lelaki tempatan pada malam Khamis lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia