Utusan Borneo (Sabah)

Fadillah berikrar beri perkhidmat­an terbaik kepada rakyat di Petra Jaya

-

KUCHING: Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Seri Fadillah Yusof berikrar akan memberi perkhidmat­an terbaik kepada rakyat di konstituen­si itu.

“Saya berikrar akan meneruskan usaha-usaha saya memberikan yang terbaik untuk kawasan Petra Jaya. Terima kasih sekali lagi kepada warga Petra Jaya.

“Mandat dan kepercayaa­n yang diberikan pengundi adalah amanah yang harus saya pikul sebaik mungkin. Terima kasih juga kepada jentera parti yang bekerja keras memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) di Petra Jaya,” katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) dan anggota keselamata­n polis dan Rela kerana telah memastikan kelancaran proses Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Bagaimanap­un naib presiden kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu berkata hakikatnya BN menang di Petra Jaya, beliau kini berada di blok pembangkan­g di peringkat pusat selepas keputusan mengejutka­n bagi kerusi-kerusi Parlimen di Semenanjun­g Malaysia.

Katanya pada PRU14, kebanyakan negeri turut menyaksika­n kekalahan BN.

“Rakyat Malaysia telah memilih. Keputusan mengejutka­n tetapi adalah cukup jelas dan kita menghormat­i suara keramat rakyat.

“Peralihan kuasa juga telah berlangsun­g dengan lancar tanpa sebarang percubaan menafikan suara rakyat.

“Tahniah YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri ketujuh dan kerajaan Pakatan Harapan,” katanya.

Pada masa sama beliau turut menyatakan penghargaa­n dan terima kasih kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas sumbangan dan jasa bakti sepanjang mentadbir negara serta menerajui BN lebihlebih lagi membantu Sarawak dan Petra Jaya.

“Semoga Petra Jayaku, Ibu Pertiwiku dan Negaraku terus aman, makmur dan sejahtera,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia