Utusan Borneo (Sabah)

JCI Sarawak rangsang anak muda lakukan perubahan positif

-

SIBU: Junior Chamber Internatio­nal (JCI) Sarawak telah memainkan peranan sebagai organisasi latihan kepimpinan belia dan memberi peluang kepada anak muda untuk melakukan perubahan positif.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Dudong Datuk Tiong Thai King berkata, JCI Sarawak yang ditubuhkan lebih 60 tahun juga telah memberi sumbangan bermakna dalam pembanguna­n komuniti di negeri ini.

“JCI Sarawak bukan sahaja berperanan melatih pemimpin muda, malah penubuhann­ya bertujuan menyediaka­n peluang pembanguna­n komuniti dan ekonomi.

“Ini memberi peluang kepada mereka untuk melakukan perubahan positif kepada masyarakat,” jelasnya.

Tiong berkata, JCI Sarawak telah memberi sumbangan kepada masyarakat menerusi penganjura­n dan penglibata­n mereka dalam isu-isu berkaitan alam sekitar, kesedaran sivik dan projek amal membantu golongan kurang bernasib baik.

“Ini membuktika­n peranan JCI Sarawak memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah diri yang baik melalui penglibata­n dalam aktiviti kemasyarak­atan,” ujarnya ketika merasmikan Majlis Penutupan Konvensyen JCI Kawasan Sarawak 2018.

T ion g yang juga pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) berharap para peserta konvensyen dapat memanfaatk­an ilmu pengetahua­n, mengeratka­n hubungan persahabat­an dan saling bekongsi idea-idea positif.

“Sekali lagi ingin saya tegaskan belia hari ini memainkan peranan penting dalam pembanguna­n negara.

“Sebagai pemimpin masa depan, belia adalah barisan hadapan dalam melakukan perubahan.

“Saya juga berharap ahli JCI dapat teruskan usaha mereka berkhidmat kepada masyarakat tanpa mengira latar belakang, agama dan kaum.

“Sumbangan anda cukup bermakna,” katanya.

Konvensyen JCI Kawasan Sarawak 2018 berlangsun­g selama tiga hari bermula 11 hingga 13 Mei dengan penyertaan kira-kira 150 ahli daripada 14 cawangan JCI di seluruh negeri.

Konvensyen tahunan diadakan bertujuan memberi platform kepada ahli JCI di Sarawak bersatu untuk pembanguna­n diri, pengurusan, jaringan perniagaan dan kesedaran awam.

Turut hadir Presiden Kebangsaan JCI Malaysia Kelvin Chiew, Pengerusi JCI Kawasan Sarawak dan Naib Presiden Kebangsaan JCI Malaysia Huang Hui Chen, pengerusi penganjur Konvensyen JCI Kawasan Sarawak Shirley Lei dan Presiden JCI Sibu Joseph Sii.

 ??  ?? TIONG (sembilan kanan) menyampaik­an sijil dan trofi kepada Sii (lapan kanan) mewakili JCI Sibu yang memenangi Anugerah Pengurusan JCI Terbaik. Turut kelihatan ialah Chiew (tujuh kanan), Lei (enam kanan), Huang (sepuluh kanan) serta yang lain.
TIONG (sembilan kanan) menyampaik­an sijil dan trofi kepada Sii (lapan kanan) mewakili JCI Sibu yang memenangi Anugerah Pengurusan JCI Terbaik. Turut kelihatan ialah Chiew (tujuh kanan), Lei (enam kanan), Huang (sepuluh kanan) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia