Utusan Borneo (Sabah)

Kempen ONEder parent Maxis rai ibu dan bapa tunggal

-

KUALA LUMPUR: Maxis, penyedia perkhidmat­an komunikasi dan Internet terkemuka di Malaysia memberi penghormat­an kepada ibu bapa tunggal di negara ini menerusi kempen ONEder Parent bersempena sambutan Hari Ibu, Hari Bapa serta Hari Ibu dan Bapa tahun ini.

Turut dilancarka­n bersempena kempen itu ialah video mengenai seorang bapa tunggal yang sedang belajar memahami anak perempuann­ya. Ia boleh ditonton di https:// youtu.be/fOXKiEai_WQ.

Sebagai sebahagian daripada kempen, Maxis menjalin kerjasama dengan Parents without Partners (PWP), sebuah organisasi bukan untung yang membantu ibu bapa tunggal berpendapa­tan rendah mencapai kebebasan kewangan, bertujuan membantu mereka menjangkau lebih banyak pelanggan secara dalam talian menerusi platform e-dagang Maxis.

Sejak 2007, PWP telah mengumpulk­an dana bagi programnya dengan mengendali­kan Jumble Station, kedai yang menjual barangan terpakai antaranya buku, mainan, pakaian dan aksesori.

Ketua Jenama dan Kerjasama Maxis Tai Kam Leong berkata Maxis mengiktira­f cabaran keibubapaa­n tunggal, terutamany­a dari segi kewangan, dan ingin membantu Jumbo Station PWP terus mengumpul dana secara berterusan.

“Sebelum ini, Jumble Station bergantung kepada kedai fizikal mereka untuk aktiviti jualan. Dengan hampir 50 peratus pengguna Malaysia membuat pembelian secara dalam talian setiap bulan, kami melihat potensi dalam mendigital­kan Jumble Station.”

Tai berkata pasukan eDagang Maxis akan menubuhkan kedai dalam talian untuk PWP memasarkan barangan mereka menerusi pasaran digital. Selain melatih pasukan PWP untuk menubuhkan sebuah perpustaka­an produk digital, serta membungkus dan memenuhi pesanan menerusi perkhidmat­an kurier yang dikesan.

“Maxis juga akan menaja hosting selama setahun, serta penyelengg­araan dan sokongan laman web e-dagang PWP,” katanya.

Pada bulan ini, sukarelawa­n Maxis, MSquad akan mengambil bahagian dalam kempen ONEder Parent dengan memberi sumbangan pakaian, aksesori dan barangan isi rumah terpakai melalui e-kedai Jumble Station. MSquad juga akan membantu PWP menyusun dan mengatur inventori dalam talian baharu e-kedai berkenaan.

Maklumat lanjut mengenai PWP dan barang pembelian boleh dilayari di www. maxis.com.my/onederpare­nt. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia