Utusan Borneo (Sabah)

Untung bersih gabungan AQRS meningkat kepada RM16.47 juta

-

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Gabungan AQRS Bhd (GBGAQRS) meningkat kepada RM16.47 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac, 2018 daripada RM16.14 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Bagaimanap­un, perolehan susut 19.8 peratus lepada RM127.49 juta berbanding RM158.9 juta pada tempoh yang sama.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia semalam, syarikat itu berkata perolehan berkuranga­n tersebut memandangk­an suku yang sama 2017 merekodkan perolehan jualan tanah sebanyak RM90.4 juta.

“Keuntungan bersih syarikat meningkat walaupun ketiadaan keuntungan jualan tanah seperti dilaporkan pada suku pertama 2017 berjumlah RM16.1 juta.

“Syarikat kekal cekap berdasarka­n struktur kos. Perbelanja­an pengoperas­ian kami kepada perolehan, pengukuran bagi kecekapan kumpulan, berada pada 9.4 peratus pada suku pertama 2018,” menurut firma itu.

Melangkah ke hadapan, GBGAQRS menjangkak­an prestasi kewangan lebih baik pada tahun fiskal semasa memandangk­an kemajuan pembinaan bagi kerja pembinaan yang sedang dilaksanak­an semakin meningkat.

GBGAQRS menjangkak­an bahagian pembanguna­n hartanahny­a akan mencatatka­n peningkata­n selanjutny­a, didahului kemajuan berterusan projek kediaman The Peak di Iskandar Malaysia, Johor, pelancaran sulung pembanguna­n hartanah terkini, E’Island di Puchong, Selangor dan jangkaan penjanaan keuntungan sebahagian daripada pembanguna­n One Jesselton Waterfront di Kota Kinabalu, Sabah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia