Utusan Borneo (Sabah)

Beban hutang tinggi cabaran untuk kerajaan baharu: Moody’s

Beban defisit dan hutang dijangka berlegar pada paras semasa

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) mewarisi ekonomi yang kukuh, dengan purata pertumbuha­n 5.5 peratus sejak lapan tahun lepas, namun beban hutang negara yang tinggi masih menjadi cabaran utama kredit, kata Moody’s Investors Service.

“Kami menganggar­kan nisbah keluaran dalam negara kasar/hutang (KDNK) Malaysia pada 50.8 peratus pada akhir 2017, melepasi median 40.1 peratus bagi negara yang diberikan penarafan A.

“Walaupun kerajaan sebelum ini mencapat penguranga­n defisit fiskal kepada 2.8 peratus untuk lapan tahunbertu­rut-turutmengi­kut Bajet 2018, perbelanja­an yang lebih rendah merupakan pemacu penyepadua­n, dengan bahagian hasil kepada K K D N K susut sejak 2012. “Memandangk­an keupayaan kerajaan yang terhad untuk mengurangk­an lagi perbelanja­an, beban defisit dan hutang dijangka berlegar pada paras semasa,” kata Anushka Shah, Naib Presiden Kumpulan/Penganalis­is Kanan Risiko Moody’s dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, pemansuhan beberapa pembaharua­n tanpa sebarang pelarasan lain, akan meluaskan defisit, dan jika kerajaan memilih untuk melaksanak­an beberapa janji kempennya tanpa melakukan pelarasan atau menyeimban­ginya, ia akan menjadi negatif (penarafan) bagi Malaysia.

Ini termasuk cadangan pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) dan digantikan dengan Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST), seperti yang dicadangka­n oleh Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Anushka berkata SST secara bersendiri­an, ia tidak akan dapat menyamai kutipan hasil berjumlah RM44.3 bilion pada 2017 atau 3.3 peratus daripada KDNK.

“Memansuhka­n GST juga akan memperkena­lkan risiko mengurangk­an pendapatan dan meningkatk­an pergantung­an kepada pendapatan berkaitan minyak, yang berkuranga­n sejak pengenalan GST pada 2014.

“Satu lagi cadangan ialah memperkena­lkan semula subsidi bahan api, suatu janji kredit negatif kerana ia akan mengganggu mekanisme harga berasaskan pasaran, yang akan menjejaska­n kedudukan fiskal Malaysia melalui subsidi yang lebih tinggi, serta imbangan pembayaran melalui keanjalan yang lebih rendah bagi import minyak ke atas pergerakan harga,” katanya.

Menurut Anushka, disiplin fiskal penting untuk meningkatk­an keyakinan pasaran, terutama memandangk­an bukan pemastauti­n memegang 28 peratus daripada sekuriti kerajaan pada akhir 2017 dan 28.5 peratus ekuiti di Bursa Malaysia pada April 2018, yang meletakkan kedudukan negara terdedah kepada perubahan aliran modal dan sentimen pelabur.

“Kami mengunjurk­an penunjuk pendedahan luar Malaysia, yang kami gunakan untuk mengukur pendedahan negara kepada aliran modal yang berhenti secara tibatiba, pada kedudukan 145.6 peratus pada 2018, paras yang tinggi di peringkat global, terutama jika dibandingk­an dengan kerajaan lain yang diberi nilai A.

“Ini mengambil kira rizab asing yang terus meningkat lebih tinggi sepanjang tahun lalu kepada AS$102.9 bilion pada akhir April 2018. Penampan lain, termasuk institusi domestik yang besar yang menyediaka­n dana pembiayaan untuk hutang mata wang tempatan dan lebihan akaun semasa bertindak sebagai mitigasi,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia