Utusan Borneo (Sabah)

GLIC teruskan peranan dengan ketelusan, tadbir urus lebih baik

-

KUALA LUMPUR: Peranan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dalam menguruska­n aset dan kepenti-ngan awam akan diteruskan dengan ketelusan dan tadbir urus yang lebih baik.

Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd Tan Sri Azman Mokhtar berkata GLIC diberikan taklimat mengenai hala tuju yang jelas oleh bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, yang mengetuai Majlis Penasihat Kerajaan yang baru ditubuhkan, untuk memastikan pemisahan politik dan perniagaan dalam menguruska­n aset dan kepentinga­n awam.

“Ini jelas dinyatakan kepada kami, yang sudah tentu, kami mengalu-alukan, untuk terus menjalanka­n secara profesiona­l proses menguruska­n wang dan syarikat yang menguruska­n kepentinga­n awam.

“Kami, pada masa sama, mengimbang­i ini dengan kepentinga­n pasaran untuk memastikan semua yang kami lakukan untuk rakyat dilakukan secara teratur dengan pelbagai dasar yang telah diumumkan (oleh kerajaan),” katanya kepada Bernama selepas menghadiri pertemuan selama sejam dengan Tun Daim di sini kelmarin.

Turut hadir Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd Datuk AbdulRahma­nAh mad, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadan­kan) Datuk Wan Kamaruzama­n Wan Ahmad, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Datuk Seri Johan Abdullah, Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Datuk Shahril Ridza Ridzuan.

Dalam menguruska­n persepsi pelabur semasa peralihan kuasa, katanya akan terdapat legaran biasa dalam pasaran dalam jangka masa pendek, bagaimanap­un persekitar­an semasa menyediaka­n peluang yang baik dalam jangka masa sederhana hingga jangka masa panjang.

“Dalam banyak aspek, kami percaya kebanyakan GLC (syarikat berkaitan kerajaan) dan GLIC telah melakukan banyak perkara. Saya fikir, InsyaAllah ini akan meningkatk­an lagi pasaran.

“Oleh itu, daripada pasaran, dari segi penilaian ringgit, saya fikir jelas keyakinan adalah faktor terbesar. Saya fikir dengan permulaan baharu ini, ini akan berjaya,” katanya.

Sementara itu, ketua eksekutif daripada enam GLIC dan institusi amanah, dalam kenyataan, berkata Tun Daim telah memaklumka­n kepada mereka bahawa dalam tempoh 100 hari, Majlis Penasihat Kerajaan akan memanfaatk­an GLIC dan GLC yang mana sesuai, untuk membantu mereka dari segi maklumat, sumber dan input dalam menangani pelbagai isu yang digariskan oleh kerajaan.

“Isu tersebut termasuk, antara lain, kajian semula dana dan syarikat tertentu, kajian semula projek, kontrak dan jalan bertol; bidang di mana GLIC dan GLC akan mempunyai kepakaran dan sumber tertentu dan relevan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, bagi dana yang mempunyai penyertaan dari segi politik di lembaga pengarah masing-masing, Tun Daim menegaskan bahawa ini akan dikaji semula dan diubah, seperti yang diperlukan, selain menekankan kepada kepentinga­n prestasi yang baik dan profesiona­l dana tersebut.

“Sebagai GLIC dan institusi amanah, kami menerima mesej ini dan menyokongn­ya dengan baik, sebagai sebahagian daripada amalan berterusan kami untuk mengukuhka­n tadbir urus dan tumpuan prestasi serta akauntabil­iti institusi masing-masing,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? AZMAN (dua kiri) mengadakan sidang media khas bersama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) selepas menghadiri mesyuarat tertutup antara Ketua-ketua Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan dengan Majlis Penasihat Kerajaan di Kuala Lumpur, Isnin.
— Gambar Bernama AZMAN (dua kiri) mengadakan sidang media khas bersama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) selepas menghadiri mesyuarat tertutup antara Ketua-ketua Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan dengan Majlis Penasihat Kerajaan di Kuala Lumpur, Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia