Utusan Borneo (Sabah)

Mansuhkan GST, kembalikan subsidi minyak tidak akan jejaskan ekonomi

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan baharu di bawah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan memastikan pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) dan pengenalan semula subsidi minyak tidak akan menjejaska­n ekonomi Malaysia.

Majlis Penasihat Kerajaan yang baharu ditubuhkan oleh kerajaan itu yakin untuk memansuhka­n GST dan mengembali­kan semula subsidi minyak berikutan mereka mempunyai kepakaran dan pengalaman yang berkaitan.

“Kami perlu melakukan analisis mengenai GST dan subsidi minyak. Selepas GST dimansuhka­n, yang paling penting kita dapat menghapusk­an rasuah dan pembaziran serta menjadi lebih cekap. Kami telah melakukann­ya sebelum ini, (selama) 57 tahun tidak ada GST...tiada masalah.

“Kami dapat mengendali­kannya. Tiada sebab mengapa ekonomi dipertaruh­kan dan menjadi lebih teruk, jangan bimbang.

“Pada dasarnya, pengurus dana yang lebih bimbang tentang GST. Mereka takut hutang akan meningkat. Kami tidak akan menaikkan hutang lagi. Kami tidak bodoh.

“Ini adalah spekulasi yang tidak wajar. Ini merupakan tindak balas normal apabila kerajaan baharu mengambil alih. Bagaimana wujud ketidakpas­tian apabila ada manifesto dan semuanya pun ada,” kata bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin kepada Bernama selepas mempengeru­sikan mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan di sini pada Sabtu.

Selain Daim, ahli lain daripada majlis itu adalah bekas Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Mohd Hassan Marican, Ahli Ekonomi Prof Jomo Kwame Sundaram dan tokoh perniagaan Tan Sri Robert Kuok.

Kuok tidak hadir kerana berada di luar negara.

Menurut Daim, pada masa ini majlis itu tidak akan mendedahka­n bagaimana kerajaan akan mengimbang­i penguranga­n daripada pemansuhan GST dan pengenalan semula subsidi minyak.

Beliau berkata majlis tersebut akan mengambil langkah penting untuk memulihkan keyakinan pelabur.

“Pertama adalah GST, kemudian, kami akan memanggil pegawai-pegawai di kementeria­n untuk memberi taklimat kepada kami mengenai projek-projek mega, hutang negara, tadbir urus syarikat berkaitan kerajaan - Tabung Haji, MARA, FELDA, selain menangani ringgit,” katanya.

Mengenai siasatan ke atas 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB), Daim mendedahka­n pasukan petugas khas akan ditubuhkan de-ngan segera bagi tujuan itu di bawah bidang kuasa Majlis Penasihat Kerajaan.

Majlis itu telah mengenal pasti mereka yang dapat membantu dalam siasatan tersebut dan mendapatka­n semula berbilion dolar yang didakwa dicuri daripada dana itu, katanya, sambil menambah majlis itu kemudianny­a akan mengemukak­an laporan tersebut kepada kerajaan.

Menyelesai­kan kemelut 1MDB merupakan antara janji yang dibuat oleh Pakatan Harapan (PH) dalam manifeston­ya pada Pilihan Raya Umum Ke-14. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia