Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan tidak akan sekat kebebasan perniagaan: PM

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan (PH) tidak akan menyekat kebebasan perniagaan dengan terlalu banyak undang-undang yang akan membebanka­n pemain industri negara, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, kerajaan lebih berminat untuk melihat lebih ramai pihak dapat menjalanka­n perniagaan dengan lebih bebas dan mudah tanpa terlalu banyak sekatan undang-undang.

“Kita mengalu-alukan pelaburan sama ada dari dalam atau luar termasuk FDI (FDI - pelaburan langsung asing). (Namun) FDI terhad kepada membawa masuk modal dan teknologi ke dalam negara, mendirikan kilang, mengeluark­an produk untuk pasaran tempatan dan untuk dieksport.

“Kita dapati, rakyat Malaysia cekap dalam pembanguna­n dan mampu membina bandar kita sendiri. Keperluan rakyat akan kita tentukan dan semua peluang ini akan kita buka kepada syarikat tempatan,” katanya dalam sesi penerangan kepada RTM dan Bernama di kediamanny­a di Seri Kembangan di sini, kelmarin.

Beliau berkata, kerajaan hanya akan membuka peluang ini kepada syarikat asing jika tiada kepakaran anak tempatan dalam sesuatu bidang tertentu atau projek infrastruk­tur mega sahaja namun ia akan dijalankan melalui tender terbuka.

“Jika tender terbuka ini ada melibatkan keraguan atau ganjil, kita tidak teragakaga­k untuk menyiasat,” tambahnya.

Dr Mahathir berkata kerajaan yang baharu juga akan membuat kajian prestasi ekonomi termasuk jumlah hutang sebenar negara dan pengeluara­n wang negara.

Jelasnya, rakyat tidak perlu gusar dan curiga mengenai niat kerajaan baharu ini yang hanya mahu membersihk­an dan mengurangk­an masalah ekonomi negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia