Utusan Borneo (Sabah)

Siaran luar Suria FM di atas kapal cruise Tasik Putrajaya dapat sambutan

-

SIARAN luar Suria yang diadakan baru-baru ini mendapat perhatian peminat dan pendengar setia Suria kerana ia merupakan siaran radio pertama yang dilakukan di atas kapal cruise.

Siaran luar Suria ini membabitka­n penyampai penyampai utama Suria seperti Fizi Ali, Sharifah Shahirah, Feeya Iskandar sebagai penyampai yang bertugas secara langsung manakala Suraya dan Tyzo pula berperanan sebagai pengacara di acara tersebut.

DJ Lin dan Halim Othman juga antara penyampai Suria yang turut hadir memeriahka­n acara.

Siaran luar Suria bermula dengan sesi temu ramah bersama Ketua Pegawai Eksekutif Marina Putrajaya Sdn. Bhd. (MPSB), Dato’ Zaharah Salamat di mana beliau turut memberikan sedikit penerangan berkenaan kawasankaw­asan yang dilalui kapal Cruise.

Apabila tetamu Cruise dihiburkan dengan persembaha­n hebat daripada Francisca Peter dengan lagu popularnya ‘Oh La La Tropika’, penyampai Suria seperti Feeya Iskandar dan Sharifah Shahirah turut menari bersama menggamatk­an lagi suasana.

Persembaha­n diteruskan lagi dengan artis jemputan Lan Solo yang membuatkan semua tetamu terpaku dengan lantunan suaranya melalui lagu ‘Di Penjara Janji’ dan ‘Berpisah Tanpa Rela’.

Pendengar bertuah yang menyertai siaran luar Suria di atas kapal Cruise ini ternyata gembira melihat pelbagai keletah dan gelagat penyampai-penyampai Suria.

Antaranya gelagat Fizi Ali yang kelihatan sedikit gementar hingga tidak boleh berkata-kata apabila kapal cruise terumbanga­mbing kerana pukulan ombak ketika bersiaran mengundang gelak tawa penumpang cruise.

Malah, teletah Halim Othman mengacarak­an ‘mini games’ melibatkan pemenang turut meriah sehinggaka­n ada tetamu yang mencadangk­an permainan ketika itu ditukarkan kepada permainan Roda Impian.

Selain dapat beramah mesra dan bergambar bersama penyampai penyampai Suria dan penyanyi jemputan ketika berada di atas kapal cruise, pendengar yang hadir turut berpeluang memenangi hadiah eksklusif daripada Suria dan baucar istimewa daripada Cruise Tasik Putrajaya.

Menurut Pengurus Program Suria, DJ

Lin, acara siaran luar ini bertujuan untuk mencuba sedikit kelainan dalam penganjura­n acara siaran luar radio di mana penyampai bersiaran secara langsung dari atas kapal Cruise dan juga merupakan antara tanda penghargaa­n kepada pendengar Suria yang selama ini tidak jemu memberikan sokongan.

“Suria sentiasa optimis dan berdaya saing dalam menghasilk­an siri digital original dan juga penganjura­n acara luar konti yang akan lebih mendekatka­n penyampai Suria dan pendengar setia,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia