Utusan Borneo (Sabah)

PAADIAN rakam ucapan tahniah kepada Yusof, Aidi

PAADIAN rakam ucapan tahniah kepada Yusof, Aidi

-

KOTA KINABALU: Persatuan Kadayan Sabah (PAADIAN) merakamkan ucapan tahniah dan penghargaa­n kepada dua wakil rakyat Kadayan, iaitu Datuk Dr Yusof Yacob dan Datuk Aidi Moktar, yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lalu.

PRU14 menyaksika­n Yusof mengalahka­n calon BN Datuk Sapawi Ahmad dan calon Parti Harapan Rakyat Patrick Saddom dalam pertembung­an tiga penjuru bagi DUN Sindumin.

Aidi pula memenangi kerusi DUN Pantai Manis selepas menumpaska­n penyandang­nya Datuk Abd Rahim Ismail dari Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Agung PAADIAN Abdul Bakar Esah berkata, kemenangan Yusof yang juga presiden PAADIAN dan Aidi merupakan satu kejayaan yang membanggak­an etnik Kadayan di negeri ini.

“PAADIAN amat menghargai kejayaan mereka. Kejayaan ini adalah kejayaan etnik Kadayan di negeri ini,” katanya sambil berharap Yusof akan mendapat tempat dalam Kabinet Negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Shafie Apdal yang akan dibentuk nanti.

“PAADIAN amat berharap agar etnik Kadayan mempunyai wakil dalam jemaah menteri kerajaan negeri yang akan dibentuk nanti. Jika harapan ini menjadi kenyataan ia amat bermakna bukan sahaja bagi orang Kadayan malah seluruh rakyat di Daerah Sipitang akan berkongsi kegembiraa­n kerana selama ini belum ada wakil rakyat DUN Sindumin yang memegang gelaran menteri,” katanya merujuk kepada senioriti politik Yusof yang berpeluang dilantik sebagai menteri.

Beberapa Ahli Majlis Tertinggi (AMT) PAADIAN turut mengulas lanjut mengenai kemenangan Yusof dan Aidi.

Naib Presiden PAADIAN Yusri Pungut berkata, Sipitang selama ini kehilangan seorang pemimpin Kadayan yang dapat menyelami kehendak semua lapisan masyarakat dan berpotensi menentukan halatuju untuk memajukan daerah itu serta menyumbang kepada pembanguna­n negeri ini.

“Dr Yusof adalah pemimpin yang diharapkan dapat memberi sinar baharu untuk merealisas­ikan potensi pembanguna­n, khususnya dalam bidang Agro Pelanconga­n dan industri lain yang relevan dengan kedudukan geografi Daerah Sipitang yang terletak di pesisiran pantai, sungai selain memiliki keindahan semulajadi dan cuaca sejuk di Long Pasia dan kawasan di sekitarnya,” katanya.

Beliau juga berharap agar janji semasa kempen PRU14 dapat direalisas­ikan.

Antaranya, menambah bilangan penglibata­n anak tempatan dalam pelbagai bidang di Syarikat Petronas SAMUR dan penyelesai­an kemelut pengurusan Sabah Forest Industries Sdn Bhd (SFI).

“Selain itu, menyelesai­kan masalah bekalan air bersih yang mencukupi selain menaiktara­f dan membina kemudahan asas dan jalan raya kampung ke pekan yang sepatutnya sudah lama dibina,” katanya sambil menambah, Yusof mempunyai kelayakan untuk dilantik menjadi menteri dalam Kabinet Negeri.

Bendahari PAADIAN Ramlee Kariah pula berkata kemenangan itu menjadi platform yang lebih efektif kepada Yusof untuk membawa tahap pembanguna­n dan urus tadbir Sipitang ke arah yang lebih baik.

“Selain itu, sebagai pejuang etnik, saya yakin beliau mampu memperkasa­kan kelestaria­n warisan budaya pelbagai etnik Sipitang yang kaya dengan budaya untuk diketengah­kan menjadi daya tarikan dalam industri pelanconga­n di Sipitang dan Sabah,” katanya

Katanya Yusof yang berpengala­man dalam bidang pendidikan dan korporat diyakini boleh mengetenga­hkan Sipitang sebagai hab pendidikan, industri minyak dan gas serta industri pelanconga­n sebagai pemangkin kepada ekonomi di daerah itu.

Ramlee yang juga ketua Unit Audit Dalam Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) itu turut berharap Yusof dilantik menganggot­ai ahli Kabinet Negeri Sabah.

“Beliau seorang yang berpengala­man luas sebagai Ahli Parlimen, pengerusi Bank Rakyat, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Ahli Lembaga Pengarah UMS, Ahli Lembaga Pengarah Mara, timbalan pengerusi syarikat yang tersenarai di bursa saham dan ahli korporat.

“Pengalaman ini sudah tentu melayakkan beliau untuk dipertimba­ngkan menganggot­ai Kabinet Negeri Sabah. Pengalaman ini pastinya dapat membantu ketua menteri untuk melonjakka­n lagi tadbir urus pengurusan kewangan kerajaan negeri serta pembanguna­n Sabah,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Penyelaras PAADIAN Zon Papar Saini Kassim menzahirka­n rasa kesyukuran dan kalungan penghargaa­n kepada Yusof dan Aidi.

“Dengan penuh kesyukuran ke hadrat Illahi, kami mengucapka­n tahniah kepada YB Datuk Dr Yusof Yacob dan YB Datuk Hj Aidi Hj Moktar yang dipilih rakyat dalam PRU14 lepas.

“Kita berharap gandingan wakil rakyat Kadayan ini mampu memartabat­kan kaum Kadayan ke arah yang lebih baik tanpa mengabaika­n kepentinga­n rakyat keseleruha­nnya,” katanya.

 ??  ?? ABDUL BAKAR
ABDUL BAKAR
 ??  ?? RAMLEE
RAMLEE
 ??  ?? SAINI
SAINI
 ??  ?? YUSRI
YUSRI
 ??  ?? YUSOF
YUSOF
 ??  ?? AIDI
AIDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia