Utusan Borneo (Sabah)

Suspek penyeludup terjun laut elak ditangkap, serah diri

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Cubaan seorang suspek penyeludup tong gas petroleum cecair (LPG) terjun dari bot untuk meloloskan diri, gagal apabila terpaksa menyerah diri selepas 15 minit berenang di laut.

Selain suspek yang bertindak sebagai awakawak bot terbabit, Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Tawau turut menahan rakannya, juragan bot berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.50 pagi itu, dua suspek penyeludup 30 tong LPG dikesan menaiki sebuah bot laju di perairan muara Sungai Hj Kuning, Pulau Sebatik pada Isnin.

Ketua Zon Maritim Kapten (M) Romli Mustafa berkata kedua-dua suspek lelaki tempatan berusia 19 dan 36 tahun itu disyaki cuba menyeludup keluar 30 tong LPG ke negara jiran.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati mereka membawa tong LPG bernilai kira-kira RM5,400 tanpa permit sah Kementeria­n Perdaganga­n, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK).

“Kita juga menemui bungkusan plastik berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu yang dianggarka­n seberat kira-kira 2 gram di dalam bot terbabit,” katanya.

Turut dirampas, wang kertas Ringgit Malaysia not RM10, RM20, RM50 dan RM100 bernilai lebih RM7,000 yang ditemukan di dalam bot laju terbabit semasa pemeriksaa­n.

Romli berkata ujian saringan air kencing mendapati awakawak bot terbabit positif syabu dan pernah dihukum penjara kerana kesalahan terlibat dalam aktiviti penyeludup­an.

Menurutnya, APMM mengesyaki pergerakan kedua-dua suspek bermula dari perairan Kg Titingan, Tawau Lama sebelum menyusuri Sungai Tawau menuju ke Sungai Melayu.

“Mereka mendakwa menerima upah (menyeludup) antara RM50 hingga RM100 sahaja untuk setiap perjalanan yang perlu diselesaik­an dalam tempoh 20 hingga 30 minit sahaja.

“Siasatan juga mendapati bot laju yang mereka naiki daftarkan di Sungai Hj Kuning dan dimiliki oleh orang tempatan,” katanya sambil mengesahka­n bot laju itu juga dirampas.

Beliau berkata juragan, awak-awak dan barang kawalan tong LPG termasuk syabu dan bot laju terbabit kemudianny­a dibawa ke Pangkalan APMM Tawau untuk tindakan lanjut.

Siasatan kes itu dijalankan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (membawa keluar tong LPG tanpa kebenaran) dan Akta Dadah Berbahaya 1952 (memiliki dadah jenis syabu).

 ??  ?? ROMLI
ROMLI
 ??  ?? BOT laju bersaiz kecil yang digunakan oleh dua suspek penyeludup ini sarat dengan muatan 30 tong LPG.
BOT laju bersaiz kecil yang digunakan oleh dua suspek penyeludup ini sarat dengan muatan 30 tong LPG.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia