Utusan Borneo (Sabah)

Siasatan penyerang berpisau Paris diperluas

Melibatkan bantuan diberi kepada lelaki asal Chechnya itu, ibu bapa dan seorang rakannya diberkas

-

PARIS: Penyiasat Perancis akan memperluas­kan siasatan mereka semalam dengan melibatkan bantuan yang diberikan kepada lelaki kelahiran Chechen berusia 20 tahun yang mana kejadian tikaman di tengah Paris, diakui oleh kumpulan Daesh (IS), menyebabka­n seorang terkorban dan empat lagi mengalami kecederaan serius.

Lelaki tersebut, dikenali sebagai Khamzat Azimov yang diberikan kewarganeg­araan Perancis, melakukan serangan pada malam Sabtu lepas di sebuah kawasan meriah dengan teater dan restoran berhampira­n rumah opera bersejarah di bandar tersebut.

Penyerang tersebut, yang mana kejadian amuk itu berlaku selepas satu siri serangan pejuang jihad di Perancis mengorbank­an 246 nyawa sejak 2015, telah ditembak mati oleh polis selepas seorang anggota polis gagal menghalang dia dengan senjata taser.

Seorang sumber rapat dengan siasatan berkata Azimov telah membesar dengan keluargany­a di Strasbourg, timur Perancis, yang mempunyai satu komuniti besar pelarian Chechen.

Ibu bapanya, sekarang menetap di Paris, telah ditahan di penjara termasuk seorang teman di Strasbourg dikatakan sebagai “individu paling rapat” dengan Azimov, kata seorang sumber rapat dengan siasatan.

Amaq, agensi propaganda IS, telah mengeluark­an sebuah video kelmarin di mana ia mengaku bertanggun­gjawab ke atas serangan, dengan rakaman yang ia akui menunjukka­n Azimov menjanjika­n kesetiaan kepada kumpulan pejuang jihad itu.

IS sudah lama menggesa pengikutny­a melakukan “pengorbana­n” dengan menyasarka­n rakyat Amerika atau Eropah “kafir” dengan apa cara sekalipun, dan video kesetiaan telah membantu kumpulan itu berbangga dengan pengakuan bertanggun­gjawab nya.

Walaupun Azimov tidak mempunyai rekod jenayah, dia telah berada dalam kedua-dua senarai pengawasan utama di Perancis bagi pihak radikal yang disyaki – dikenali sebagai “S file” dan File for the Prevention of Terrorist Radicalisa­tion (FSPRT) yang disasarkan, menumpukan terhadap orang yang dilihat sebagai ancaman keganasan – sejak 2016.

Seorang sumber berkata dia telah disoal siasat pada tahun lepas “kerana dia mengenali seorang lelaki yang berhubung dengan seseorang yang pernah pergi ke Syria”.

Beratus-ratus pejuang dari Chechnya telah menyertai kumpulan militan Islam sejak beberapa tahun ini, selepas dua perang pemisah berdarah terhadap pihak berkuasa yang dibantu oleh Rusia pada tahun 1990 dan 2000.

Azimov menjadi rakyat Perancis pada 2010 selepas ibunya diberikan kewarganeg­araan, jurucakap kerajaan Benjamin Griveaux memberitah­u televisyen Perancis.

Pemimpin Chechen Ramzan Kadyrov menyatakan dalam aplikasi pesanan ringkas Telegram bahawa Azimov telah mendapat pasport Rusia ketika dia berusia 14 tahun, sebelum memperoleh­i kerakyatan Perancis.

Kadyrov berkata Perancis menanggung “tanggung- jawab sepenuhnya” bagi serangan tersebut, kerana walaupun Azimov dilahirkan di Chechnya “dia telah membesar dan membentuk personalit­i, pandangan dan pensabitan dalam masyarakat Perancis.”

Seorang lelaki berusia 29 tahun terbunuh dalam serangan itu, sementara seorang lelaki China berusia 34 tahun yang menetap di Luxembourg serta seorang wanita berusia 54 tahun mengalami kecederaan serius dan dihantar ke hospital dengan segera.

Seorang wanita berusia 26 tahun dan seorang lelaki berusia 31 tahun mengalami kecederaan ringan. Pihak berkuasa menyatakan semua yang mengalami kecederaan telah berada di luar bahaya.

Beberapa saksi menceritak­an keadaan dramatik ketika penyerang bersenjata menyerang, berjalan sambil menikam orang serta melaungkan“Allahuakba­r” (Allah Maha Besar).

Presiden Perancis Emmanuel Macron menyatakan dalam Twitter: “Perancis telah sekali lagi membayar nilai dalam bentuk darah namun tidak akan mengalah seincipun terhadap musuh kebebasan.”

“Begitu sedih melihat serangan keganasan di Paris,” Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menyatakan dalam satu kenyataan Twitter pada lewat kelmarin, sambil menambah: “penyakit dan kebencian seperti ini adalah tidak sesuai dengan sebuah negara yang penyayang, aman dan berjaya.”

Serangan sekali lagi menunjukka­n kesukaran dalam mengesan ekstremis yang disyaki oleh polis berdepan ribuan risiko yang berpotensi, sama ada daripada pihak radikal dalam negara dan ketibaan baru-baru ini.

Kira-kira separuh daripada hampir 20,000 orang dalam senarai pemerhatia­n FSPRT adalah di bawah pengawasan yang aktif.

“Apa kebaikan fail Sini sekiranya kami tidak dapat menggunaka­n ia bagi menyingkir bom masa berdetik ini dari tanah air Perancis,” kata pemimpin haluan kanan Marine Le Pen dalam Twitter.

Namun jurucakap Griveaux mempertaha­nkan kerajaan, menyatakan ia telah menggagalk­an 22 serangan keganasan sepanjang tempoh 15 bulan. — AFP

POLIS menangkap seorang lelaki di Strasbourg kelmarin kerana disyaki mempunyai hubungan dengan penyerang berpisau yang sehari sebelumnya membunuh seorang lelaki dan mencederak­an empat lain di Paris. — Gambar AFP

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? AZIMOV
AZIMOV

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia