Utusan Borneo (Sabah)

PKNS teruskan rentak kemenangan

Kedah tundukkan Negeri Sembilan 2-1 di Paroi

-

KUALA LUMPUR: Kelab PKNS FC melonjak satu anak tangga ke kedudukan keempat Liga Super selepas menang tipis 3-2 ke atas Kuala Lumpur di Stadium Shah Alam, malam Ahad.

Kemenangan kelima tersebut membolehka­n skuad Semut Merah mengumpul 15 mata setelah beraksi 10 perlawanan setakat ini.

Tiga gol PKNS FC pada perlawanan berkenaan dijaringka­n oleh kapten pasukan, Mohd Safee Sali menerusi sepakan penalti seawal minit ketujuh perlawanan, gol padang Muhammad Faris Ramli pada minit ke-38 dan sepakan penalti Jonatan Leonel Acosta pada minit ke-51.

Pasukan pelawat berjaya merapatkan defisit jaringan menerusi pemain import dari Uzbekistan, Bobirjon Akbarov seawal minit kelima perlawanan dan penyerang sensasi dari Brazil, Guilherme de Paula pada masa kecederaan babak kedua perlawanan.

Pasukan Kedah turut meraih tiga mata penuh setelah mengatasi Negeri Sembilan 21 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Skuad Lang Merah selesa mendahului 2-0 pada separuh masa menerusi jaringan pemain import dari Kosovo, Liridon Krasniqi seawal minit ketujuh perlawanan dan Muhammad Akhyar Abdul Rashid pada minit ke-15.

Negeri Sembilan merapatkan defisit jaringan hasil sentuhan penyudah pemain import dari Brazil, Flavio Beck Junior pada minit ke-75.

Dalam pada itu, pasukan tercorot liga, Pulau Pinang terus dirundung malang setelah tewas 1-0 kepada Sarawak pada aksi tunggal Liga Premier di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan.

Gol tunggal perlawanan dijaringka­n oleh pemain import dari Croatia, Mateo Roskam pada minit ke-44. - Bernama

 ?? BERNAMA - Gambar ?? PEMAIN Negeri Sembilan Mohd Fauzi Abdul Latif (kanan) diasak pemain Kedah Khairul Helmi (kiri) pada saingan Liga Super Malaysia 2018 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam Ahad.
BERNAMA - Gambar PEMAIN Negeri Sembilan Mohd Fauzi Abdul Latif (kanan) diasak pemain Kedah Khairul Helmi (kiri) pada saingan Liga Super Malaysia 2018 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam Ahad.
 ?? - Gambar BERNAMA ?? PEMAIN PKNS FC Muhammad Faris Ramli (kiri) meraikan jaringan gol kedua pasukannya bersama Mohd Safee Mohd Sali pada perlawanan Liga Super 2018 menentang Kuala Lumpur di Stadium Shah Alam pada Ahad.
- Gambar BERNAMA PEMAIN PKNS FC Muhammad Faris Ramli (kiri) meraikan jaringan gol kedua pasukannya bersama Mohd Safee Mohd Sali pada perlawanan Liga Super 2018 menentang Kuala Lumpur di Stadium Shah Alam pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia