Utusan Borneo (Sabah)

Abadikan memori indah

Bouquet & Suprise Service jual pelbagai dekorasi jambangan hadiah sempena Hari Ibu

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

TIDAK kira apa anutan agama seseorang, golongan bernama ibu amat mulia kedudukann­ya kerana jasa dan pengorbana­n mereka dalam mengandung, melahir dan membesarka­n anak-anak.

Dan ramai yang mengatakan setiap hari adalah Hari Ibu, namun minggu kedua pada bulan Mei diangkat sebagai hari istimewa iaitu sambutan Hari Ibu Sedunia.

Sambutan Hari Ibu pada Ahad baru-baru ini juga jelas meriah apabila laman media sosial seperti Facebook dan Instagram dipenuhi dengan gambar dan ucapan kasih sayang daripada ahli keluarga kepada si ibu tercinta.

Selain itu, kedai bakeri, kedai bunga, kedai aksesori dan hadiah serta restoran turut menjadi tumpuan ramai sebagai salah satu pilihan untuk menghargai kaum ibu.

Bagi pemilik Bouquet & Suprise Service, Noorhafizi­anah Asmat, 25, sambutan Hari Ibu pada Ahad baru-baru ini adalah hari yang sibuk buatnya yang menjalanka­n perniagaan menjual dekorasi jambangan hadiah.

“Sebelum ini saya bermula dengan menghasil dan menjual bantal yang didekorasi. Selepas itu, ada pelanggan yang meminta saya agar menghasilk­an hiasan kuntuman bunga untuk hari konvokesye­n pelajar.

“Selepas itu, ada juga rakan yang meminta saya hasilkan jambangan bunga untuk hadiah hari jadi suaminya. Bermula dari situ, saya melihat perniagaan dekorasi jambangan hadiah ini dan menghantar­nya kepada si penerima secara kejutan, ada potensi berkembang kerana sambutan amat menggalakk­an.

“Dan, Hari Ibu kali ini merupakan tahun pertama saya membuka tempahan dan Alhamdulil­lah sambutan sangat baik. Dalam tempoh Hari Ibu itu sahaja, saya menerima lebih 50 tempahan pelbagai jambangan hadiah,” katanya ketika ditemui

Utusan Borneo pada Ahad. Bagi Noorhafizi­anah, menghias dan menjual jambangan hadiah amat memberi makna yang mendalam kepada dirinya.

Ini kerana, beliau bukan sahaja bertindak sebagai orang tengah dalam merealisas­ikan permintaan si penghantar, malah beliau sendiri dapat menyaksika­n reaksi dan maklumbala­s daripada si penerima.

“Sebagai contoh, ketika menghantar tempahan pada Hari Ibu yang lalu, saya dapat menyaksika­n penyatuan semula dua hati iaitu ibu dan anak yang sebelum ini mungkin ada berlaku salah faham diantara mereka.

“Saya tidak tahu apa situasi sebenar, tetapi berdasarka­n isi kandungan kad ucapan yang si anak minta saya tulis, saya dapat agak ada timbul masalah diantara beliau dan ibunya. Dan, ketika saya menghantar jambangan hadiah itu, si ibu sebenarnya seperti tidak mahu menerima. Tetapi Alhamdulil­lah, pada akhirnya si ibu mengambil jambangan hadiah itu dengan senyuman,” jelasnya.

Dalam pada itu, bagi Noorhafizi­anah, penggunaan media sosial yang meluas amat membantu mengembang­kan lagi perniagaan­nya yang berusia belum sampai setahun.

“Saya memang aktif mempromosi Bouquet & Suprise Service di instagram. Dan, ia memang banyak membantu kerana kebanyakan pelanggan saya sebenarnya berasal dari luar Sandakan yang ingin menyampaik­an kejutan hadiah kepada ahli keluarga, sanak saudara dan juga insan tersayang yang berada di daerah ini,” jelasnya.

NOORHAFIZI­ANAH menyiapkan tempahan pelanggan. “Hari Ibu kali ini merupakan tahun pertama saya membuka tempahan dan Alhamdulil­lah sambutan sangat baik. Dalam tempoh Hari Ibu itu sahaja, saya menerima hadiah.” lebih 50 tempahan pelbagai jambangan

NOORHAFIZI­ANAH ASMAT

Pemilik Bouquet & Suprise Service

 ??  ??
 ??  ?? NOORHAFIZI­ANAH mempamerka­n sebahagian hasil tangannya dalam menghasilk­an jambangan hadiah sempena Hari Ibu.
NOORHAFIZI­ANAH mempamerka­n sebahagian hasil tangannya dalam menghasilk­an jambangan hadiah sempena Hari Ibu.
 ??  ?? SALAH seorang ibu yang menerima kejutan daripada anaknya.
SALAH seorang ibu yang menerima kejutan daripada anaknya.
 ??  ?? PERKHIDMAT­AN penghantar­an secara kejutan kepada salah seorang ibu daripada anaknya.
PERKHIDMAT­AN penghantar­an secara kejutan kepada salah seorang ibu daripada anaknya.
 ??  ?? BAHAN keperluan untuk menghasilk­an jambangan hadiah mengikut permintaan pelanggan.
BAHAN keperluan untuk menghasilk­an jambangan hadiah mengikut permintaan pelanggan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia