Utusan Borneo (Sabah)

Duta Itali kagumi pantai, makanan laut Miri

Miri bandar cantik, menarik, sudah pasti dapat tarik pelancong Itali ke sini, Sarawak amnya

-

MIRI: Keindahan pantai dan pelbagai jenis makanan laut disifatkan sebagai tarikan yang begitu dikagumi Duta Besar Itali ke Malaysia Cristiano Maggipinto sewaktu melakukan kunjungan ke Miri pada Ahad.

Menurutnya, Miri merupakan satu bandar yang begitu cantik dan menarik yang sudah pasti dapat menarik lebih ramai pelancong dari Itali ke sini dan Sarawak amnya.

“Kunjungan kali pertama saya ke sini adalah untuk menghadiri Borneo Jazz Festival 2018 (BJF2018) di mana sekumpulan pemuzik dari Itali telah dijemput untuk membuat persembaha­n malam ini (Ahad).

“Harapan saya agar ada lagi kerjasama seumpama ini di mana pada akhirnya memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak,” katanya ketika ditemu bual pemberita semasa kunjungan beliau ke Pusat Informasi Pelawat Miri di sini Ahad.

Turut hadir menemui beliau di pusat tersebut ialah Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Tourism Board (STB) Mary Wan Mering.

Cristiano berkata, beliau sentiasa berusaha bekerjasam­a dalam pelbagai bidang terutama dalam sektor pelanconga­n kedua-dua negara.

“Kami berusaha membolehka­n penerbanga­n terus dari Kuala Lumpur ke ibu negara Itali diadakan dan inisiatif ini sedang dalam perancanga­n.

“Apabila ada penerbanga­n terus, lebih memudahkan rakyat Malaysia datang ke Itali dan rakyat Itali juga mudah untuk datang ke Malaysia sekali gus dapat menarik minat pelaburpel­abur di kedua-dua negara,” katanya.

Sementara itu, Lee berkata beliau begitu mengalu-alukan kedatangan Cristiano ke Miri khususnya dan Sarawak amnya dan menyifatka­n kunjungan beliau ke sini amat bermakna.

“Kunjungan kali pertama saya ke sini adalah untuk menghadiri Borneo Jazz Festival 2018 (BJF2018) di mana sekumpulan pemuzik dari Itali telah dijemput untuk membuat persembaha­n ” malam ini (Ahad). CRISTIANO MAGGIPINTO Duta Besar Itali ke Malaysia

“Besar harapan saya agar lawatan beliau ke pusat informasi ini memberi banyak maklumat pelanconga­n mengenai Miri dan beliau dapat membantu mempromosi­kannya kepada rakyat Itali.

“Kunjungan beliau bukan sahaja baik untuk sektor pelanconga­n malahan turut membolehka­n perbincang­an untuk sektor perdaganga­n dapat dijalankan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? LEE menjelaska­n kepada Cristiano (tengah) mengenai beberapa tempat pelanconga­n di Miri.
LEE menjelaska­n kepada Cristiano (tengah) mengenai beberapa tempat pelanconga­n di Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia