Utusan Borneo (Sabah)

Christina janji kembali

-

TAWAU: Ahli Parlimen Tawau Christina Liew (gambar) berjanji untuk kembali secepat mungkin selepas selesai proses peralihan kerajaan negeri.

“Beri saya dan wakil lain sedikit masa lagi kerana peralihan itu adalah amat penting untuk negeri dan saya akan kembali untuk sesi perjumpaan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata situasi masa kini telah menyebabka­n proses itu berlanjuta­n dan para pemimpin negeri kini sedang giat berusaha untuk memastikan pihak yang layak menerajui pentadbira­n negeri secara sah dan tanpa cabaran.

“Saya tidak dapat kembali ke daerah kerana situasi kini. Saya bersama rakan-rakan tidak dapat mengelak kerana ia perlu diselesaik­an sehinggala­h pentadbira­n negeri ini diteruskan di bawah pimpinan Ketua Menteri yang sah iaitu Datuk Seri Shafie Apdal,” katanya.

Christina berkata Sabah memerlukan satu badan pentadbira­n yang tidak dicabar dan kelewatan proses hanya akan memberi kesusahan kepada rakyat.

“Saya akan mulakan sesi berjumpa rakyat secepat yang termampu dan saya janji perlembaga­an negeri dapat menangani masalah peralihan yang wujud,” ujarnya.

Dalam pada itu, sebuah klip video yang tular di media sosial menunjukka­n wakil-wakil Yang Dipertua Negeri Sabah telah berjumpa dengan wakil Tan Sri Musa Aman untuk menyampaik­an surat yang bertarikh 12 Mei bahawa Musa kini bukan lagi ketua menteri negeri.

Ia memberi laluan tanpa cabaran kepada Shafie untuk meneruskan kepimpinan beliau.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia