Utusan Borneo (Sabah)

PBB akan mengadakan mesyuarat Rabu ini

-

KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan mengadakan mesyuarat pada Rabu ini, 16 Mei di ibu pejabat parti di sini bagi menentukan hala tuju parti tersebut.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan ketika ditemui pemberita di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini pada Ahad.

Terdahulu Awang Tengah yang juga timbalan ketua menteri melancarka­n Program HackWeeken­d sempena Persidanga­n Ekonomi Digital Antarabang­sa Sarawak (IDECS) 2018.

Ditanya mengenai spekulasi penyertaan Barisan Nasional (BN) Sarawak dalam Pakatan Harapan (PH), Awang Tengah meminta media agar menunggu keputusan mesyuarat pada hari tersebut.

“Tunggu sehingga mesyuarat pada 16 Mei ini,” katanya ringkas yang turut meminta pihak media supaya bersabar dan tidak terlalu mendesak.

Dalam pada itu media Jumaat lepas melaporkan bahawa Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berjumpa dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Kuala Lumpur.

Perjumpaan tersebut dikhabarka­n bagi membincang­kan kedudukan serta hala tuju BN Sarawak serta penyertaan bersama PH.

Sarawak yang ditadbir kerajaan BN kini merupakan negeri pembangkan­g di bawah kerajaan PH selepas BN tewas pada Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU14).

B N Sarawak terdiri daripada empat parti komponen iaitu PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

Pada PRU14, BN Sarawak memenangi 19 kerusi daripada 31 kerusi Parlimen dengan PBB parti terbesar gagal menyapu bersih kerusi yang ditandingi buat pertama kalinya iaitu di Puncak Borneo. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia