Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 300 peminat teruja dengan kehadiran Simon Yam pada Hari Ibu

-

PUTRAJAYA: Lebih 300 pengunjung di pusat membelibel­ah IOI City Mall, di sini kelmarin teruja dengan kehadiran bintang terkenal Hong Kong, Simon Yam Tat Wah.

Duta jenama buatan Malaysia, Gintell itu, diterbangk­an ke Malaysia untuk meraikan Hari Ibu bersama peminat tempatan sempena pelancaran rasmi kerusi urut baharu Gintell, De’Space Star.

Ketika berucap pada majlis tersebut, Simon Yam mengucapka­n terima kasih kerana dapat meraikan majlis istimewa itu sambil berkata tema tahun ini ‘Let Mom be A Star’, sangat sesuai.

“Mereka telah pun berada sebelum kita dilahirkan. Pada hari yang istimewa ini, marilah kita meraikan dan menceriaka­n ibu,” kata beliau.

Peminat teruja melihat pelakon terkenal itu, bersama beberapa orang yang bertuah mendapat peluang untuk berinterak­si dan berselfie dengan bintang terkenal itu.

Sementara itu, Pengarah Urusan Gintell Datuk Goh Cheh Yak berkata, Kerusi Urut De’Space Star dari siri Kerusi Urut UFO yang baru dilancarka­n menampilka­n ciri-ciri unik seperti ‘Moon Hand Grasp’ dengan satu bebola direka khas untuk menyediaka­n urutan seperti urutan tangan sebenar.

“Selain itu, terdapat 4D Reflex Spa yang menyediaka­n sesi refleksolo­gi yang lengkap yang juga melibatkan terapi memanaskan betis dan lutut, merangkumi kesemua 27 titik akupuntur,” kata beliau

Goh berkata revolusi teknologi kerusi urut Gintell menyediaka­n alternatif terbaik kepada mereka yang tidak berkesempa­tan untuk melakukan aktiviti fizikal tambahan dengan hanya berehat di kerusi urut itu di rumah.

Beliau berkata, Gintell menawarkan promosi sempena Hari Ibu, ‘beli untuk ibu, percuma untuk anda’ dengan setiap pembelian Kerusi Urut De’Space Star (bernilai RM4488).

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi gedung Gintell atau layari http://www.gintell. com. — Bernama

 ??  ?? GOH (kiri) bersama Duta Gintell Simon Yam ketika melancarka­n kerusi urut terbaru ‘DeSpace Star’ di IOI City Mall kelmarin. — Gambar Bernama
GOH (kiri) bersama Duta Gintell Simon Yam ketika melancarka­n kerusi urut terbaru ‘DeSpace Star’ di IOI City Mall kelmarin. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia