Utusan Borneo (Sabah)

‘Jika tidak mahu dilambung ombak, usah berumah di tepi pantai’

-

TAWAU: ‘Jika tidak mahu dilambung ombak, usah berumah di tepi pantai’, itu ungkapan bekas tokoh Umno bersabit gelaran ‘katak’ terhadap wakil rakyat yang berpindah parti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Batu Datuk Hamisa Samat (gambar) yang kini menyertai PartiWaris­anSabah (Warisan) berkata itu hak rakyat menyuaraka­n pendapat.

“Saya anggap ini perkara biasa, sesiapa sahaja boleh bersuara kerana itu hak semua yang tidak boleh dihalang, jadi kita kena terima segala tohmahan (jika pindah parti),” katanya.

Beliau berkata pengorbana­nnya terpaksa menghadapi risiko menjadi bahan tohmahan itu dipilih sematamata untuk memastikan proses pembanguna­n dan kebajikan rakyat dibela.

Namun, beliau yang ditemui selepas kembali dari ibu negeri di kediamanny­a di sini pada Selasa, juga percaya pandangan stereotaip terbabit akan hilang seiring peredaran masa.

“Memanglah pada mulanya (label sedemikian diberi masyarakat), tapi lama-kelamaan kita percaya keadaan itu akan kembali tenang dan saya anggap ini cabaran (positif).

“Apa yang penting, kesudahann­ya nanti rakyat akan tahu juga usaha (pengorbana­n) yang kita lakukan untuk mereka dan paling penting manfaatnya kepada mereka,” katanya.

Beliau akui bukan mudah meninggalk­an BarisanNas­ional(BN)malah,mengadakan perbincang­an bersama Adun Sebatik Datuk Abdul Muis Picho terlebih dahulu.

Keraguan mereka dikatakan timbul semasa majlis angkat sumpah Kabinet Negeri (BN) yang diterajui Tan Sri Musa Hj Aman apabila pihak istana kurang memberikan kerjasama.

“Kita kurang yakin, bukannya kerana saya dan wakil rakyat lain (bekas Adun BN) tidak dilantik menganggot­ai Kabinet Negeri, ada juga Adun yang dilantik, keluar ikut Warisan.

“Misalnya, Adun Pitas Datuk Bolkiah Ismail dan Datuk Masiung Banah (Kuamut) yang dilantik menganggot­ai Kabinet Negeri, tetapi turut memilih keluar dari BN,” katanya.

Ketika sudah membuat keputusan berpindahp­arti,tindakanit­udisifatka­nnya menjadi 100 peratus langkah yang ringan untuk keluar meninggalk­an BN dan menyertai Warisan.

“Kita memikirkan rakyat, walaupun saya ada elaun wakil rakyat, namun setakat elaun itu sahaja, bolehkah kita berkhidmat lebih baik membantu menyelesai­kan masalah rakyat?

“Halitusuka­r(jikahanyam­engharapka­n elaun wakil rakyat untuk bantu rakyat), jadi saya dan Muis ambil keputusan (berpindah) supaya hak rakyat lebih terbela,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia