Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia akan penuhi obligasi hutang

-

KUALA LUMPUR: Majlis Penasihat Kerajaan telah memberi jaminan bahawa Malaysia akan memenuhi tanggungja­wab hutangnya di bawah kerajaan baharu dan menekankan bahawa perubahan politik semasa di negara ini berlaku pada ‘masa yang sangat positif’.

Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, yang merupakan sebahagian daripada pasukan lima anggota itu berkata, negara ini mengalami tempoh pelarasan tetapi ia juga disokong oleh persekitar­an ekonomi yang menggalakk­an seperti harga minyak dunia yang lebih tinggi.

“Minyak kini diniagakan melepasi AS$70 setong dan dengan itu terdapat sedikit kelegaan. Kita perlu mengambil kesempatan ini untuk melaksanak­an dasar-dasar tertentu supaya kita akan mempunyai pelarasan yang teratur.

“Ini juga mengambil kira keupayaan institusi seperti Bank Negara Malaysia dan Kementeria­n Kewangan,” kata bekas Gabenor Bank Negara tersebut kepada Bernama selepas menghadiri sesi taklimat dengan tiga agensi penarafan antarabang­sa kelmarin.

Zeti mengadakan pertemuan secara berasingan dengan agensi penarafan, iaitu Moody’s Investors Service, S&P Global Ratings and Fitch Ratings untuk membincang­kan persekitar­an semasa di Malaysia dan memberikan kejelasan mengenai hala tuju dasar yang meluas di bawah kerajaan yang baru dibentuk.

Antara isu yang dibincangk­an berkaitan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) serta subsidi dan bagaimana Malaysia boleh memenuhi keperluan pendapatan­nya berikutan penghapusa­n cukai ini.

Zeti berkata, dasar-dasar baharu terbabit adalah penting seperti meningkatk­an pendapatan boleh dibelanja golongan berpendapa­tan rendah dan sederhana.

“Kita perlu menyokong pertumbuha­n keseluruha­n ekonomi. Oleh itu, pentingnya memahami apa matlamat yang akan dicapai dengan dasar seperti ini yang akan menjana peningkata­n dalam pendapatan (kerajaan),” jelasnya.

Wanita pertama menjadi gabenor bank pusat tersebut berkata, Majlis Penasihat Kerajaan akan melihat keseluruha­n pengurusan kedudukan fiskal, termasuk proses tadbir urus, bagaimana keputusan dibuat serta tahap ketelusan dan pendedahan.

Selain Zeti, anggota lain majlis berkenaan ialah bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Mohd Hassan Marican, ahli ekonomi Prof Jomo Kwame Sundaram dan taikun Tan Sri Robert Kuok. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? ZETI (tengah) bersama para pegawai yang terlibat selepas mesyuarat tertutup Majlis Penasihat Kerajaan di Kuala Lumpur kelmarin. Turut hadir, Ketua Media dan Komunikasi bagi Majlis Penasihat Kerajaan Datuk A Kadir Jasin (kanan).
— Gambar Bernama ZETI (tengah) bersama para pegawai yang terlibat selepas mesyuarat tertutup Majlis Penasihat Kerajaan di Kuala Lumpur kelmarin. Turut hadir, Ketua Media dan Komunikasi bagi Majlis Penasihat Kerajaan Datuk A Kadir Jasin (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia