Utusan Borneo (Sabah)

Kunjungan ke Bali, pengalaman yang tidak dapat dilupakan

-

SELEPAS empat hari berada di Bali, tibalah masanya untuk kami berangkat pulang.

Sepanjang berada di pulau yang terkenal di seluruh dunia itu, rombongan Fam Trip Media dari Sabah dan Sarawak dibawa melawat beberapa tempat seperti Pura Uluwatu dan menyaksika­n tari Kecak, menyeberan­g dari Pantai Sanur ke Nusa Penida melihat Pasih Uug atau Angel Billabong, sempat pula ke Pantai Klingking. Kemudian ke Tanjong Benoa.

Selepas itu, kami sempat dibawa berkunjung ke Pura Tirta Empul yang dibina sejak abad ke-10 lagi, serta berpeluang pula ke desa terbersih di dunia iaitu Desa Penglipura­n.

Selain itu juga, rombongan berpeluang untuk merasai pengalaman safari malam melihat segala jenis binatang dan mergastua di Bali Safari. Pengalaman memegang kulit harimau dan singa, adalah satu pengalaman yang mungkin sukar terulang di tempat lain.

Tidak ada Bali yang lebih Bali dari Bali itu sendiri. Bali adalah sebuah pulau yang istimewa, yang walaupun sudah dikunjungi berkali kali tetapi tetap menyuguhka­n pengalaman lain setiap kali kita ke sana.

Kali ini, rombongan yang juga menyertai program Fam Trip anjuran Kementeria­n Pariwisata dan Ekonomi Kreatif Republik Indonesia dan disokong oleh Assocation of The Indonesian Tours & Travel Agencies (ASITA) ditempatka­n di sebuah hotel enam bintang, The Trans Resort Hotel, di Jalan Sunset Road, Kerobokan, Bali Kuta, Indonesia.

Hotel ini adalah milik seorang pengusaha Muslim yang terkemuka di Indonesia, turut memiliki Trans Tv dan beberapa perniagaan lain. Lokasinya pun agak strategik iaitu tidak jauh dari Seminyak Square dan Pantai Legian.

Kami sempat berbual dengan Pengurus Besarnya, Alexander Jovanovic yang sangat berpengala­man. Beliau memberikan pelbagai info mengenai hotel yang menyediaka­n pelbagai kemudahan kepada pengunjung­nya.

Pemerintah Indonesia memang giat memperkena­lkan banyak tempat pelanconga­n untuk menarik lebih ramai pelancong ke Bali dan Balibali yang baru. Mereka sedang gigih mempromosi destinasi pelanconga­n yang baru.

Ketibaan pelancong ke Bali meningkat setiap tahun walaupun agak terjejas akibat letusan Gunung Agung. Kebanyakan pelancong ke Bali masih didominasi pelancong dari Australia, China, Amerika, India dan negara-negara Eropah dan Asia.

Selain destinasi yang sudah terkenal seperti Ubud, Tanah Lot, Sanur, banyak tempat lain yang menarik di sekitar Bali yang diperkenal­kan sebagai destinasi baru yang perlu dikunjungi.

Banyak yang dapat dipelajari dan pengetahua­n yang diperolehi sepanjang kunjungan ke Bali kali ini. Sesungguhn­ya program Fam Trip yang disertai media dan operator serta agensi pelanconga­n dari Sabah dan Sarawak mampu memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak dalam memajukan lagi industri pelanconga­n.

Pada hari terakhir di Bali, kami diraikan dalam satu majlis jamuan makan malam bersama pengusahap­engusaha pelanconga­n di Bali. Selain persembaha­n tarian, hadirin juga menyaksika­n tayangan multimedia mengenai kehebatan Bali.

Selepas berkemas, kami berangkat pulang ke destinasi masing-masing melalui Lapangan Terbang Antarabang­sa Ngurah Rai.

 ??  ??
 ??  ?? IKUT menggayaka­n cara katak duduk.
IKUT menggayaka­n cara katak duduk.
 ??  ??
 ??  ?? BERGAMBAR bersama hadirin pada malam terakhir kunjungan. PENULIS sempat bergambar ramai selepas menerima cenderaken­angan.
BERGAMBAR bersama hadirin pada malam terakhir kunjungan. PENULIS sempat bergambar ramai selepas menerima cenderaken­angan.
 ??  ?? PENULIS (kanan) menerima cenderamat­a daripada Sapto Legiono mewakili media Sabah.
PENULIS (kanan) menerima cenderamat­a daripada Sapto Legiono mewakili media Sabah.
 ??  ?? AGEN pelanconga­n dari Sabah bergambar bersama pada acara itu.
AGEN pelanconga­n dari Sabah bergambar bersama pada acara itu.
 ??  ?? DI Lapangan Terbang Ngurah Rai sebelum berangkat pulang.
DI Lapangan Terbang Ngurah Rai sebelum berangkat pulang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia