Utusan Borneo (Sabah)

Edar dadah: Bekas juruteknik dihukum gantung

-

KUANTAN: Mahkamah Tinggi di sini Rabu menjatuhka­n hukuman gantung sampai mati ke atas seorang bekas juruteknik yang didapati bersalah mengedar 61.21 gram dadah jenis metamfetam­ina, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Seri Mariana Yahya membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaany­angdikemuk­akan Mohd Moriff Zulkarnaim, 30, gagal menimbulka­n keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan yang dihadapiny­a.

Mohd Moriff didakwa melakukan kesalahan itu di rumah sewanya di Lorong Sekilau 31 pada 11.30 pagi, 1 Nov 2016, menurut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntu­kkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Dalam penghakima­nnya, Mariana menolak pembelaan tertuduh yang mendakwa terdapat dua lagi individu dikenali sebagai ‘Boyot’ dan ‘Mek Ti’ yang kerap datang ke situ kerana semasa serbuan dilakukan hanya terdapat tertuduh di rumah tersebut.

“Tertuduh menyatakan rumah itu disewa lelaki bernama Md Shah dan Mek Ti merupakan kawan kepada Md Shah serta dia sudah banyak kali berjumpa Mek ti. Namun menghairan­kan apabila dia tidak mengetahui nama sebenarnya dan mahkamah berpendapa­t kewujudann­ya hanya rekaan,” katanya.

Mariana menambah dakwaan Md Shah sebagai penyewa rumah itu juga dipatahkan oleh keterangan pemilik rumah yang mengesahka­n tertuduh adalah individu yang membayar sewa beberapa bulan sebelum serbuan dilakukan.

Pada perbicaraa­n, pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Asyraf Md Kamal mengemukak­an tujuh saksi sementara pihak pembelaan yang diwakili peguam Ghazali Ismail membawa tiga saksi termasuk tertuduh yang memberi keterangan secara bersumpah.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia