Utusan Borneo (Sabah)

Bapa liwat anak: Mahkamah akan teliti CRT

-

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini akan meneliti transkrips­i rakaman mahkamah (CRT) ketika prosiding pengakuan bersalah kes seorang bapa yang dihukum penjara 48 tahun dan 24 sebatan atas 623 kesalahan jenayah seksual terhadap anak perempuan kandungnya berusia 15 tahun bagi menentukan sama ada berlaku ketidakpat­uhan undang-undang dalam kes itu atau sebaliknya.

Hakim Datuk Azman Abdullah memutuskan demikian selepas mendengar hujahan peguam N. Rajesh dan Cyrus Tiu yang mewakili tertuduh berusia 37 tahun itu, ketika pendengara­n rayuan kes tersebut.

“Sehubungan itu, mahkamah menetapkan 1 Jun untuk melihat dan mendengar rakaman CRT bagi menentukan isuisu yang dibangkitk­an pihak pembelaan termasuk ketidakpat­uhan undangunda­ng atau ‘miscarriag­e of justice’.

“Penelitian terhadap rakaman CRT akan dibuat bagi menentukan setakat mana kesemua 623 pertuduhan itu dibaca ketika prosiding kes itu di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap KanakKanak,” kata beliau.

Terdahulu, Cyrus Tiu membangkit­kanisubaha­wa beberapa pertuduhan yang didakwa terhadap anak guamnya hampir sama selain tertuduh tidak diberi peluang untuk melantik peguam ketika prosiding kes itu.

Azman berkata walaupun perbuatan itu dilakukan pada hari yang sama tetapi terdapat rehat selepas itu dan ia dianggap sebagai perbuatan yang berasingan.

“Misalnya, you makan nasi. Lepas tu you tambah nasi...selepas itu you rehat dan buat perbuatan lain. Ia bukan sekali tapi ia perbuatan berasingan,” katanya.

Timbalan Pendakwa RayaAimiSy­azwaniSarm­in bagaimanap­un berkata kesemua pertuduhan itu dibacakan satu persatu kepada tertuduh pada 25 Ogos tahun lalu.

Pada 9 Sept 2017, Hakim Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap KanakKanak Yong Zarida Sazali menjatuhka­n hukuman penjara 48 tahun dan 24 sebatan terhadap lelaki itu selepas dia mengaku bersalah atas 623 kesalahan jenayah seksual terhadap anak kandungnya.

Diamengaku­bersalahat­as 591 pertuduhan meliwat anaknya, 30 pertuduhan melakukan seksual fizikal dengan cara menyentuh anak sulungnya itu, satu pertuduhan­merogolrem­aja itu dan satu pertuduhan melakukan penganiaya­an seks terhadap mangsa.

Yong Zarida memerintah­kan tertuduh, seorang ejen unit amanah, menjalani hukuman bermula dari tarikh tangkap pada 26 Julai 2017.

Tertuduh didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di bilik tidur rumahnya, di Sungai Way, Petaling Jaya sejak Januari 2017 hingga Julai 2017.

Bagi semua pertuduhan meliwat, dia dituduh melakukan persetubuh­an yang bertentang­an dengan aturan tabii terhadap anak perempuann­ya pada bulan Januari 2017 hingga 20 Julai 2017 mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Bapa kepada tiga anak perempuan itu juga didakwa atas 30 pertuduhan melakukan seksual fizikal dengan cara menyentuh anak sulungnya pada 11 Julai 2017 hingga 20 Julai 2017 mengikut Seksyen 14/16 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanakkanak 2017.

Dia juga didakwa melakukan penganiaya­an seksterhad­apmangsaan­tara 1 Jan hingga 21 Julai 2017 mengikut Seksyen 31(1)(a) dan Seksyen 31(1)(b) Akta Kanak-kanak 2016.

Lelaki itu turut dituduh merogol mangsa di tempat sama, pada 2 petang, 21 Julai tahun lepas mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan. Kesemua pertuduhan di bawah kanun dan akta berkenaan membawa hukuman penjara dan sebat.

Mengikut fakta kes, tertuduh pertama kali meliwat anaknya itu tiga tahun lepas.

Mangsa tinggal bersama bapanya sejak Januari tahun lalu selepas ibu bapanya bercerai dan dia memberitah­u ibunya mengenai kejadian itu setelah mengetahui bapanya akan mengambil dua adiknya untuk tinggal bersama mereka dan dia takut perkara sama berlaku kepada adik-adiknya.

Laporan polis mengenai kejadian dan perbuatan lelaki itu dibuat oleh bekas isteri tertuduh pada 25 Julai tahun lepas.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia