Utusan Borneo (Sabah)

Lima lelaki direman

Untuk bantu siasatan kes merusuh

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Pihak polis di sini telah menahan reman lima lelaki berusia 17 hingga 20 tahun bagi membantu siasatan kes merusuh tanpa senjata terhadap seorang lelaki di perkaranga­n Harbour Mall, di sini pada petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, daripada lima yang ditahan, tiga merupakan pelajar sekolah.

Katanya, siasatan awal mendapati motif kejadian berlaku hanya kerana mangsa yang berusia 18 tahun itu telah melihat ke arah sekumpulan lelaki berkenaan.

Kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Beliau berkata demikian

MOHD Azhar (dua kiri) menunjukka­n barang kes jenayah yang dilaporkan berlaku di sekitar Sandakan.

pada sidang media di Bilik Mesyuarat Jabatan Siasatan Jenayah Balai Polis Bandar Sandakan pada Rabu.

Dalam pada itu, Mohd Azhar berkatapad­apenghujun­gApril hingga 15 Mei, IPD Sandakan terus melakar kejayaan dalam membasmi jenayah secara proaktif khususnya menjaga kepentinga­n masyarakat Sandakan.

Antara operasi yang dijalankan termasuk Ops Cantas, Ops Pintu dan pencegahan jenayah.

“Hasil operasi yang dijalankan, pihak polis berjaya menumpaska­n individu dan kumpulan yang terlibat dalam pelbagai kegiatan jenayah curi harta benda, pecah rumah dan samun.

“Kita juga percaya telah menyelesai­kan 10 kes jenayah dengan penangkapa­n enam suspek lelaki berusia 21

“Siasatan awal mendapati motif kejadian berlaku hanya kerana mangsa yang berusia 18 tahun itu telah melihat ke arah sekumpulan lelaki berkenaan.

ASISTEN KOMISIONER MOHD AZHAR HAMIN Ketua Polis Daerah Sandakan

hingga 54 tahun yang mana lima daripadany­a adalah warga asing, selain merampas 41 barangan termasuk dua kereta yang digunakan untuk kegiatan jenayah mereka,” katanya.

Untuk rekod, IPD Sandakan berjaya menurunkan 54 kes atau 21.69 peratus kes jenayah serta sembilan kes pecah rumah di daerah ini bagi tempoh Januari hingga 15 Mei ini.

Kejayaan itu juga adalah hasil kerjasama masyarakat yang terus menyalurka­n maklumat kepada pihak polis.

 ??  ??
 ??  ?? SEBAHAGIAN barang kes yang dirampas.
SEBAHAGIAN barang kes yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia