Utusan Borneo (Sabah)

Teka-teki posisi Ketua Menteri belum berakhir

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Selepas enam hari mengangkat sumpah, posisi Pengerusi Perhubunga­n Barisan Nasional (BN) Sabah Tan Sri Musa Hj Aman dikatakan masih lagi sahih sebagai Ketua Menteri.

Persoalan timbul berikutan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal turut mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri pada dua hari berikutnya.

Dua hari lepas, Istana Negeri melalui Setiausaha Sulit Yang Dipertuan Negeri Sabah Abinan Asli menyampaik­an surat kepada Musa mengatakan beliau bukan lagi Ketua Menteri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Apas Datuk Nizam Abu Bakar Titingan (gambar) berkata Kerajaan Negeri yang dibentuk pada 10 Mei pimpinan Musa masih lagi ada.

“Musa adalah Ketua Menteri yang sah mengikut undang-undang,” katanya semasa ditemui selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Khas Umno Bahagian Tawau di sini pada Rabu.

Beliau berkata Kerajaan Negeri pimpinan Musa masih belum dibubarkan kerana mempunyai 31 majoriti Adun iaitu 29 BN dan dua dari Star ketika mengangkat sumpah.

Ditanya tindakan enam Adun BN yang menyertai Warisan dan Pakatan Harapan (PH), beliau berkata situasi itu berlaku selepas Kerajaan Negeri yang sah sudah terbentuk.

“(Mereka melompat parti) mungkin atas pertimbang­an mereka sendiri, (tetapi) kita tidak tahu kalau mereka ini orang yang benar-benar ikhlas dengan perjuangan (untuk rakyat).

“Kerana (mereka melompat parti) selepas kerajaan sudah terbentuk, sepatutnya kerajaan yang sudah terbentuk ini (pimpinan Musa) sudah boleh diteruskan,” katanya.

Nizam berkata, Kerajaan Negeri yang dibentuk BN dikatakan masih sah selagi Musa tidak meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri, sekalipun pihak istana sudah memberikan surat.

Berikutan pihak istana dikatakan tidak mempunyai kuasa untuk melucutkan jawatan seseorang Ketua Menteri, justeru perkara itu dirujuk kepada undangunda­ng.

“Kita serahkan kepada undang-undang, (kerana) sekarang ini kita ada dua Ketua Menteri,” katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai pelantikan Shafie.

Menjawab soalan jika BN Sabah sedia untuk menduduki kerusi kem pembangkan­g di Dewan Undangan Negeri (DUN) beliau berkata belum pasti kerana BN masih kerajaan.

Menyentuh Umno pula, Pemangku Timbalan Ketua Umno Bahagian Tawau itu menegaskan bahawa setakat ini Umno Sabah masih lagi wujud dan tidak dibubarkan.

”Umno Sabah masih lagi berjalan seperti biasa, sama seperti Umno di Tawau, malah kita baru sahaja selesai mengadakan mesyuarat khas Umno peringkat bahagian Tawau.

“Tahun ini, kita akan mengadakan mesyuarat pemilihan iaitu pada 19 Mei hingga 10 Jun peringkat cawangan,26Junsayap-sayap parti dan 30 Jun mesyuarat bahagian,” katanya.

Untuk rekod, Shafie mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri pada 12 Mei selepas Warisan dan Pakatan Harapan menerima majoriti 35 kerusi DUN, apabila enam bekas Adun BN berpindah kem.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia