Utusan Borneo (Sabah)

Alhamdulil­lah, terima kasih Tuanku: Anwar

-

KUALA LUMPUR: “Alhamdulil­lah, terima kasih Tuanku”.

Itulahreak­sipertamaD­atuk Seri Anwar Ibrahim selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara di sini susulan pembebasan­nya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama sebelum beredar meninggalk­an perkaranga­n Istana Negara di sini, Rabu.

Anwar, 71, dibebaskan serta-merta setelah rayuan pengampuna­n penuhnya yang diputuskan Lembaga Pengampuna­n mendapat perkenan Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Dengan wajah yang tidak lekang dengan senyuman, Anwar berkata fokus beliau kini ialah untuk pulang ke rumah dan meluangkan masa bersama keluarga tercinta.

Bersama Anwar, isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya Nurul Izzah.

Dr Wan Azizah berkata beliau memanjatka­n syukur di atas pembebasan suaminya pada Rabu.

“Ia adalah detik yang sungguh bermakna. Saya sangat bersyukur dan lega, Ia satu permulaan untuk membina negara,” kata Dr Wan Azizah.

Sementara itu, Nurul Izzah berkata beliau bersyukur di atas pembebasan bapanya yang juga ketua umum PKR dan menyifatka­n keadilan telah ditegakkan menerusi pembebasan itu.

“Saya menjunjung kasih kepada baginda Tuanku,” katanya.

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pula berkata pihak kepimpinan parti akan menyusun jadual Anwar agar bekas timbalan perdana menteri itu dapat memainkan peranan lebih aktif dalam politik negara.

“Alhamdulil­lah kita bersyukur selesai semua masalah atas limpah perkenan Tuanku untuk memberikan pengampuna­n penuh kepada Anwar dan kembalikan hak yang sepatutnya sebagai warganegar­a untuk terus menjalanka­n tugas dan tanggungja­wab beliau kepada rakyat dan negara,” katanya.

Rayuan pengampuna­n penuh Anwar dibentangk­an dan dipertimba­ngkan mesyuarat Lembaga Pengampuna­n bagi WilayahWil­ayah Persekutua­n Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-51 yang berlangsun­g pada Rabu.

Menurut kenyataan rasmi Istana Negara, Sultan Muhammad V dengan dinasihatk­an Lembaga Pengampuna­n bagi WilayahWil­ayah Persekutua­n Kula Lumpur, Labuan dan Putrajaya telah berkenan rayuan pengampuna­n penuh Anwar dibenarkan dan dibebaskan sertamerta berkuat kuasa hari ini selaras dengan Perkara 42 Perlembaga­an Persekutua­n.

Anwar menjalani hukuman lima tahun penjara pada Februari 2015 selepas Mahkamah Persekutua­n mengekalka­n keputusan bersalah berhubung kes liwat.

Anwar, yang dipenjarak­an di Penjara Sungai Buloh, dijadual dibebaskan pada 8 Jun.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia