Utusan Borneo (Sabah)

Sambut Hari Ibu, Ramadan bersama anak yatim

- Hari Ibu dan kedatangan Ramadan bersama anak-anak yatim.

TAWAU: Dia tidak seperti insan lain, yang punya kenangan menjalani bulan Ramadan bersama keluarga, dikejutkan oleh ibu untuk bersahur atau menikmati makanan yang sedap-sedap ketika berbuka.

Kenangan itu tidak ada yang melekat di mindanya, kerana pemilik Beautyspel­ls Solution ini, Norsidayat­i Mustari atau Bella kehilangan ibu seawal usia lima tahun, ketika dia belum mengerti tanggungja­wab untuk berpuasa.

Di usia 29, pelbagai jatuh bangun sudah dirasainya daripada tidak punya apa-apa, hingga bergelar usahawan berjaya dan pada Hari Ibu tahun ini, yang kebetulan disambut beberapa hari sebelum Ramadan, dia meraikanny­a bersama anak-anak tahfiz di premis miliknya.

“Semua orang meraikan Hari Ibu tapi saya pula tidak ada ibu untuk raikan bersama. Jadi, saya jemput anak-anak tahfiz dan tumpang kasih sayang sekejap untuk jadi ibu kepada mereka.

“Hari ini juga, saya buat pelancaran produk baharu saya iaitu susu kambing Beautyspel­ls. Pada saya, tidak perlu buat majlis yang ‘glamour’, cukup raikan anak anak tahfiz dan dapat keberkatan dari Allah sebelum masuk bulan mulia Ramadan.

“Sekurang-kurangnya dapatlah juga hulurkan bantuan sedikit untuk anak-anak ini yang juga anak yatim seramai 20 orang,” ujarnya.

Sesuai dengan sambutan Ramadan, Bella berharap produk baharunya dapat membantu umat Islam untuk menjalani ibadah dengan lebih sempurna.

“Seperti yang kita tahu, susu kambing mempunyai banyak khasiat, apa yang menarik produk saya ini juga mengandung­i buah kurma yang dapat menambah tenaga sepanjang beribadah.

“Selain daripada kebaikanny­a yang dapat melembapka­n kulit ia merupakan menu terbaik untuk bersahur dan berbuka puasa.

“Rata-rata yang sudah mencuba susu ini memuji baunya yang wangi, sedap dan tidak terlalu manis, malahan rasa susu kambing pun masih terasa keaslianny­a, cukup 30

MERAIKAN

paket sekotak untuk 30 hari berpuasa,” katanya.

Dalam pelancaran itu juga, Bella turut menghadiah­kan pakej umrah kepada dua stokisnya kerana mencapai sasaran jualan.

Sebagai seorang usahawan, beliau turut mengikuti perkembang­an politik dan gembira dengan manifesto kerajaan baharu yang menjanjika­n ruang kepada golongan belia dan wanita dalam semua sektor kemajuan di Sabah.

“Ini peluang yang baik untuk rakyat terutama belia dan wanita kerana seperti yang kita tahu, generasi muda sekarang semakin bijak.

“Jadi mereka harus gunakan kebijaksan­aan untuk menjalanka­n perniagaan di samping menyumbang kepada kebangkita­n ekonomi negara.

“Bukan itu sahaja, kerana semakin banyak yang minat berniaga akan semakin banyak peluang pekerjaan,” katanya.

Tambahnya lagi, pastinya bukan sahaja penyediaaa­n dana malahan juga bimbingan untuk perniagaan di mana kerajaan sangat peka terhadap isu semasa golongan itu yang ingin menceburka­n diri tetapi raguragu kerana tiada bimbingan daripada golongan tertentu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia