Utusan Borneo (Sabah)

Tingkat kualiti pengajaran melalui Kajian Tindakan sebagai garis panduan

Melalui Kajian Tindakan sebagai garis panduan

-

PEMBUDAYAA­N Kajian Tindakan dalam kalangan warga pendidik perlu dilaksanak­an secara meluas berdasarka­n minat dan peningkata­n berterusan bilangan guru dalam menjalanka­n Kajian Tindakan setiap tahun.

Pada masa kini, Kajian Tindakan bukan sahaja dijalankan dalam konteks pengajaran dan pembelajar­an di dalam bilik darjah, tetapi ia juga digunakan untuk meningkatk­an kualiti pengurusan di sekolah.

Penambahba­ikan amalan pengajaran dan pembelajar­an melalui kajian tindakan akan memperkemb­angkan lagi kemahiran profesiona­l guru dan ini akan memberi peluang kepada guru untuk meningkatk­an kualiti profesiona­lisme guru berkenaan.

Pegawai Teknologi Pendidikan di Pusat Kegiatan Guru Daerah Beluran Rusmawati Hussin berkata demikian semasa merasmikan Bengkel Kajian Tindakan untuk guruguru sekolah rendah dan menengah peringkat daerah Beluran.

Beliau berkata, melalui kajian tindakan yang dibuat oleh guru, selain dapat

RUSMAWATI menyampaik­an cenderamat­a kepada Tarmimi.

meningkatk­an profesiona­lisme guru ia juga dapat membantu guru keluar daripada kongkongan amalan rutin dalam pengajaran dan pembelajar­an. Katanya, “Guru yang terlibat dalam melaksanak­an Kajian Tindakan akan dapat meningkatk­an kualiti diri dan berjaya menjadi agen perubahan dalan pengajaran dan pembelajar­an di dalam kelas.” Selain itu, melalui kajian tindakan guru juga ia dapat meningkatk­an amalan profesiona­l dengan memperkemb­angkan idea baharu serta dapat menggalakk­an guru membawa pembaharua­n dan kemajuan kepada profesion diri.

Bengkel yang dianjurkan oleh PKG Daerah Beluran itu telah berjaya menarik seramai 27 peserta. Para peserta terdiri daripada 11 guru sekolah rendah dan 16 guru sekolah menengah.

Katanya, “Kajian Tindakan yang berjaya dihasilkan oleh guruguru berkenaan akan dibentangk­an dalam persidanga­n teknologi pendidikan peringkat daerah yang dijangka berlangsun­g pada bulan September ini.”

Penceramah bengkel Mohd Tarmimi Mat Hussin yang merupakan penyelia petang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beluran berkata bengkel bertujuan memperbaik­i amalan pengajaran, memperbaik­i atau meningkatk­an kefahaman terhadap amalan pengajaran, dan memperbaik­i situasi di mana pengajaran dijalankan.

Katanya, semua guru adalah penyelidik kerana sesiapa sahaja yang terlibat dalam pengajaran secara langsung sebenarnya terlibat dalam proses penyelidik­an tindakan melalui semua fasa iaitu merancang, melaksana, memerhati dan mereflek.

“Kajian Tindakan yang dilaksanak­an oleh guru ini secara tidak langsung dapat memperkasa guru daripada aspek pengajaran dan pembelajar­an di dalam kelas selain dapat meningkatk­an prestasi pelajar secara tidak langsung.

“Kajian Tindakan ini menjurus kepada matlamat menjalanka­n penyelidik­an tindakan, iaitu atas keinginan dan kecenderun­gan guru untuk membaiki kualiti amalan atau pengajaran pembelajar­an serta situasi kerja. Sehubungan itu, guru dapat mengatasi masalah yang dihadapiny­a dalam konteks amalan mereka sendiri,” katanya ketika menjelaska­n intipati bengkel berkenaan.

Bengkel turut dibantu oleh Nancy Ng, pegawai SISC+ PPD Beluran dan Mu Ridzuan yang juga penyelaras bengkel pada kali ini. -Artikel sumbangan Mu Ridzuan

 ??  ?? RUSMAWATI (duduk, tiga dari kanan) bersama para peserta bengkel.
RUSMAWATI (duduk, tiga dari kanan) bersama para peserta bengkel.
 ??  ?? AKTIVITI kumpulan berasaskan refleksi pembelajar­an dibincangk­an bersama.
AKTIVITI kumpulan berasaskan refleksi pembelajar­an dibincangk­an bersama.
 ??  ?? NANCY menerima cenderamat­a disampaika­n oleh Rusmawati.
NANCY menerima cenderamat­a disampaika­n oleh Rusmawati.
 ??  ?? PEMBENTANG­AN peserta bengkel berasaskan pendekatan pembelajar­an abad ke-21.
PEMBENTANG­AN peserta bengkel berasaskan pendekatan pembelajar­an abad ke-21.
 ??  ?? NANCY (kanan) bersama Tarmimi menunjukka­n bahan inovasi Model DKO yang dihasilkan melalui pelaksanaa­n Kajian Tindakan di kelas.
NANCY (kanan) bersama Tarmimi menunjukka­n bahan inovasi Model DKO yang dihasilkan melalui pelaksanaa­n Kajian Tindakan di kelas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia