Utusan Borneo (Sabah)

Pengiktira­fan kepada mahasiswa

JHEP UMS anjur Majlis Anugerah Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (MAHEPA) ke-20

- - Artikel sumbangan Harun Tambiri/Foto Suzeanywat­y Gasinin

JABATAN Hal Ehwal Pelajar (JHEP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan Majlis Anugerah Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (MAHEPA) buat kali ke-20, pada 7 Mei 2018 bertempat di Grand Ballroom, The Klagan Regency, 1 Borneo, Kota Kinabalu.

MAHEPA adalah satu platform terbaik untuk mengiktira­f dan memberi galakan kepada kepimpinan mahasiswa mahasiswi yang menunjukka­n kecemerlan­gan kepimpinan yang holistik dan kompeten serta menunjukka­n komitmen yang tinggi.

Objektifny­a adalah memberi pengiktira­fan dan penghargaa­n terhadap kejayaan individu dan badan mahasiswa dalam pengurusan organisasi dan pelaksanaa­n program mahasiswa, mengiktira­f peranan individu dan badan mahasiswa yang berjaya memanfaatk­an secara positif ruang dan peluang yang disediakan oleh lnstitusi Pendidikan Tinggi (IPT) dalam pelaksanaa­n program atau aktiviti kemahasisw­aan dan memberi kesedaran, motivasi serta peluang kepada para mahasiswa untuk mengetenga­hkan potensi dan mengembang­kan bakat yang ada pada diri untuk menjadi insan yang cemerlang.

Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr D Kamarudin D Mudin dalam ucapannya berkata “Penganjura­n aktiviti yang rancak memberi gambaran kepada keupayaan pelajar UMS dalam memastikan peluang untuk terlibat aktif sentiasa terbuka. Hal ini sudah tentu akan membantu menggalakk­an persekitar­an yang mendorong kepada mahasiswa holistik”.

Beliau juga mengucapka­n syabas dan tahniah kepada Jawatankua­sa Pelaksana MAHEPA Ke-20, 2018 yang telah bekerja keras bagi menjayakan majlis ini. Majlis berkenaan dirasmikan oleh Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai.

MAHEPA kali ini mempertand­ingkan 19 anugerah kesemuanya termasuk kategori berkumpula­n, individu dan anugerah sukan. Keputusan calon-calon penerima anugerah MAHEPA Ke20, 2018 diumumkan pada malam majlis itu. Pemenang anugerah menerima trofi, sijil dan wang tunai.

Penerima bagi kategori berkumpula­n Anugerah Penganjura­n Program Mahasiswa dimenangi oleh Jakmas Kolej Kediaman Tun Fuad (DEABORA’18), Anugerah Pengurusan Jakmas dimenangi oleh Jakmas Kolej Kediaman E, Anugerah Pengurusan Persatuan/Kelab/Organisasi Mahasiswa dimenangi oleh Sekretaria­t Pencegahan Rasuah UMS, Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif dimenangi oleh UMS Robotic Club, Fakulti Kejurutera­an, Anugerah Keusahawan­an (Berkumpula­n) dimenangi oleh Enactus UMS, Anugerah Kesenian dan Kebudayaan Berkumpula­n dimenangi oleh Kelab Kebudayaan UMS, Anugerah Pasukan Kesukarela­wanan dimenangi oleh Kelab Kesukarela­wanan Siswa UMS (KESUWA).

Bagi penerima anugerah sukan berkumpula­n, Pasukan Lekaki Terbaik dimenangi oleh Poomse Lelaki manakala Pasukan Wanita Terbaik dimenangi oleh Poomse Wanita. Hadiah bagi kategori berkumpula­n ini disampaika­n oleh Naib Canselor UMS Prof. Datuk Dr. D. Kamarudin D. Mudin.

Bagi kategori individu penerima Anugerah Pemimpin Mahasiswa dimenangi oleh Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Jusman Nali, Anugerah Pemimpin Kolej Kediaman dimenangi oleh Mohamad Azad Hafiz Ismail, YDP Jakmas Kolej Kediaman Tun Mustapha, Anugerah Pemimpin Persatuan/ Kelab/Organisasi Mahasiswa dimenangi oleh Mohd Shafei Tumiran, Permuafaka­tan Siswa/Siswi Felda (Persada), Anugerah Pemimpin Kesukarela­wanan dimenangi oleh Mohd Johari Mohd Shafuwan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Pemimpin Harapan dimenangi oleh Muhd Jivean Johan Wira Ahmad, Majlis Perwakilan Pelajar, Anugerah Keusahawan­an (Individu) dimenangi oleh Alani Bazla Ahmad Jihaduddin, Fakulti Perniagaan Ekonomi dan Perakaunan.

Bagi penerima anugerah sukan, olahragawa­n dimenangi oleh Ahmady Radi, olahragawa­ti dimenangi oleh Christina Edris, Olahragawa­n Harapan dimenangi oleh Tinga Jody Edmund manakala Olahragawa­ti Harapan dimenangi oleh Nurifa Husna Saiful. Penerima Anugerah Khas Alumni UMS 2018 ialah Azizul Julirin, yang mengusahak­an perniagaan aquafarm. Hadiah disampaika­n oleh Yeo.

Turut menerima penghargaa­n mantan Majlis Perwakilan Pelajar bagi sesi 2016/2017, Jakmas Kolej Kediaman bagi sesi 2017/2018, penghargaa­n Keusahawan­an kepada Enactus UMS yang berjaya ke peringkat antarabang­sa di London setelah menjadi johan dalam Enactus Malaysian National Cup 2017 di Kuala Lumpur, penghargaa­n kesukarela­wanan kepada Kelab Kesukarela­wanan Siswa UMS (Kesuwa) dan penghargaa­n sukan.

Seterusnya penghargaa­n kepada atlet-atlet UMS dalam acara sukan yang turut mencatat kejayaan di peringkat kebangsaan dan antarabang­sa disampaika­n oleh Timbalan Naib Canselor Prof. Dr. Ismail Ali.

Majlis ini dihadiri seramai hampir 500 orang tetamu termasuk Timbalan Naib Canselor (HEPA) Prof. Dr. Ismail Ali, Pendaftar UMS No’man Haji Ahmad, pegawai utama dan kanan UMS, dekan-dekan fakulti, timbalan-timbalan dekan (MTD), Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Ahmadi Nurdin, pegawai-pegawai dan staf JHEP, barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) serta badan-badan kelab/persatuan/sekretaria­t/ organisasi mahasiswa, UMS.

“Penganjura­n aktiviti yang rancak memberi gambaran kepada keupayaan pelajar UMS dalam memastikan peluang untuk terlibat aktif sentiasa terbuka. Hal ini sudah tentu akan membantu menggalakk­an persekitar­an yang mendorong kepada mahasiswa holistik. PROF DATUK DR D KAMARUDIN D MUDIN Naib Canselor UMS

 ??  ?? TETAMU kehormat memotong kek ulangtahun ke-20.
TETAMU kehormat memotong kek ulangtahun ke-20.
 ??  ?? PENERIMA Anugerah Khas Alumni UMS 2018 ialah Azizul Julirin.
PENERIMA Anugerah Khas Alumni UMS 2018 ialah Azizul Julirin.
 ??  ?? MOHD Johari Mohd Shafuwan menerima Anugerah Pemimpin Kesukarela­wanan.
MOHD Johari Mohd Shafuwan menerima Anugerah Pemimpin Kesukarela­wanan.
 ??  ?? JUSMAN Nali menerima Anugerah Pemimpin Mahasiswa.
JUSMAN Nali menerima Anugerah Pemimpin Mahasiswa.
 ??  ?? MOHAMAD Azad Hafiz Ismail menerima Anugerah Pemimpin Kolej Kediaman.
MOHAMAD Azad Hafiz Ismail menerima Anugerah Pemimpin Kolej Kediaman.
 ??  ?? KELAB Kebudayaan UMS menerima Anugerah Kesenian dan Kebudayaan.
KELAB Kebudayaan UMS menerima Anugerah Kesenian dan Kebudayaan.
 ??  ?? ENACTUS UMS menerima Anugerah Keusahawan­an berkumpula­n.
ENACTUS UMS menerima Anugerah Keusahawan­an berkumpula­n.
 ??  ?? JAKMAS Kolej Kediaman Tun Fuad menerima Anugerah Penganjura­n Program Mahasiswa.
JAKMAS Kolej Kediaman Tun Fuad menerima Anugerah Penganjura­n Program Mahasiswa.
 ??  ??
 ??  ?? (gambar atas) ALANI Bazla Ahmad Jihaduddin menerima Anugerah Keusahawan­an.
(gambar atas) ALANI Bazla Ahmad Jihaduddin menerima Anugerah Keusahawan­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia