Utusan Borneo (Sabah)

Perkhemaha­n Kemahiran Pengakap lahir pelajar berketramp­ilan

-

SERAMAI 38 pelajar dari lima sekolah telah mengikuti Perkhemaha­n Kemahiran dan Pengetahua­n Pengakap Zon 1 di SMK Mutiara selama tiga hari.

Para pelajar mewakili SKK St Anne, SK Pekan 2, SMK Labuan, SM St Anne dan SMK Mutiara.

Perkhemaha­n itu bermatlama­t membina potensi pelajar sebagai pemimpin dan melahirkan pelajar yang berketramp­ilan dalam pelbagai bidang melalui berpengaka­p.

Ia mendapat kerjasama jurulatih daripada Persekutua­n Pengakap Wilayah Persekutua­n Labuan, Angkatan Pertahanan Malaysia serta Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Labuan.

Di samping itu, penglibata­n Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Mutiara semasa perkhemaha­n itu juga merupakan satu kerjasama yang baik untuk menyokong perkembang­an anak-anak.

Permuafaka­tan dan kerjasama erat dalam setiap aktiviti yang dijalankan menjadikan perkhemaha­n itu lancar tanpa sebarang masalah.

Aktiviti yang dijalankan sepanjang perkhemaha­n seperti latihan kawad kaki mendidik peserta untuk berdisipli­n. Selain itu, latihan membaca kompas dan peta serta kursus pertolonga­n cemas, membina pioneering, halangan komando dan sukaneka yang mewujudkan suasana pembelajar­an menyeronok­kan untuk peserta.

Peserta diberi peluang untuk menunjukka­n bakat dan keyakinan di atas pentas dan menunjukka­n rasa hormat kepada skipper mereka menerusi aktiviti malam pengakap.

Sistem berpatrol atau berkumpula­n turut dilaksanak­an sepanjang program itu kerana setiap pengakap diberi peluang berintegra­si dan bekerjasam­a dengan rakan mereka daripada pelbagai sekolah tanpa mengira agama dan bangsa.

Pencapaian kumpulan turut diberi penghargaa­n seperti pertanding­an persembaha­n dan kerjasama berkumpula­n.

Peserta juga diterapkan elemen Messenger of Peace, kerana melalui ahli Pengakap yang muda nilai-nilai keamanan mudah dipupuk.

Majlis penutupan disempurna­kan oleh Ketua Pesuruhjay­a Daerah Zon 1 Skipper Han Siew Kwong.

Beliau mengucapka­n tahniah kepada semua peserta kerana berjaya menamatkan perkhemaha­n dengan lulus ujian lencana kemahiran dan pengetahua­n pengakap.

Beliau berharap agar peserta meneruskan aktiviti dalam berpengaka­p untuk memajukan diri.

Dalam perkhemaha­n itu, peserta terbaik ialah Nur Izz Zahrina Jamhari dari SKK St Anne, Ketua Patrol Terbaik (Pengakap Kanak-kanak), Abbygail Hazel Anak Robert dari SK Pekan Dua, manakala Ketua Patrol Terbaik (Pengakap Muda & Remaja) Amaneina Syahirah Abd Rahman dari SMK Labuan.

 ??  ?? MAJLIS penutupan Perkhemaha­n Kemahiran dan Pengetahua­n Pengakap Zon 1.
MAJLIS penutupan Perkhemaha­n Kemahiran dan Pengetahua­n Pengakap Zon 1.
 ??  ?? TABIK hormat menerima Lencana Kemahiran.
TABIK hormat menerima Lencana Kemahiran.
 ??  ?? PESERTA termuda perkhemaha­n, Alexandra Hazel menyertai Halangan Komando.
PESERTA termuda perkhemaha­n, Alexandra Hazel menyertai Halangan Komando.
 ??  ?? KETUA Patrol Terbaik (Pengakap Muda & Remaja), Amaneina Syahirah Abd Rahman.
KETUA Patrol Terbaik (Pengakap Muda & Remaja), Amaneina Syahirah Abd Rahman.
 ??  ?? KETUA Patrol Terbaik (Pengakap Kanak-kanak), Abbygail Hazel Anak Robert.
KETUA Patrol Terbaik (Pengakap Kanak-kanak), Abbygail Hazel Anak Robert.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia