Utusan Borneo (Sabah)

PVTATM terus jaga kebajikan bekas tentera

-

SIBU: Dua bekas tentera menerima sumbangan kerusi roda daripada Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVTATM) Cawangan Nangka pada Selasa.

Kedua-dua bekas tentera itu ialah Kassim Mohamad, 76, dan Banyoi Najing, 59.

Pengerusi PVTATM Cawangan Nangka Abang Mos Abang Tungal menyerahka­n kerusi roda tersebut semasa lawatan ke kediaman bekas tentera berkenaan.

Turut hadir Timbalanny­a Jimbau Galau.

Kassim dari Kampung Hilir, mulai menyertai angkatan tentera semasa berumur 21 tahun dan menjalani latihan ketenteraa­n di Ulu Tiram, Johor pada 1963 di bawah kendalian Gurkha Rifles.

Selepas sembilan bulan berlatih, beliau kemudianny­a ditempatka­n di Batalion Renjer Pertama Malaysia di Taiping, Perak.

Selepas itu, beliau dihantar ke Sri Aman sehingga akhir perkhidmat­annya.

Ketika ditemu ramah pemberita, Kassim memberitah­u, dasar cintakan tanah air menjadi pemangkin utama beliau menyertai angkatan tentera.

Menurut beliau, selepas perkhidmat­annya tamat pada 1978, beliau bekerja sebagai pemandu untuk bekas senator Datuk Douglas Sullang pada sebelah siang dan pada waktu malam, beliau bekerja sebagai pengawal keselamata­n di Pejabat Pos Malaysia di Sibu.

Kassim mempunyai 10 anak, tujuh lelaki dan tiga perempuan.

Sementara itu, Banyoi menyertai angkatan tentera semasa berumur 18 tahun pada 1978.

Beliau menjalani latihan ketenteraa­n di Kem Tentera Oya.

Beliau berkhidmat dalam tentera selama 17 tahun, di mana khidmat pertamanya bermula di Renjer 2 Kem Oya, kemudian berpindah ke Kem RASCOM hingga akhir perkhidmat­annya.

Selepas bersara daripada tentera, beliau menyertai Jabatan Perhutanan sebagai pengawal hutan dan kini telah bersara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia