Utusan Borneo (Sabah)

PIKOM lancar platform SEA Dragon Venture

-

KUALA LUMPUR: Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM) melancarka­n Dragon Venture Platform Asia Tenggara (SEA), satu inisiatif yang bertujuan untuk menghubung­kan syarikat skala besar di Malaysia dan seluruh Asia Tenggara dengan pemodal teroka global, pelabur korporat dan individu kaya.

Pengerusin­ya Ganesh Kumar Bangah berkata inisiatif ini dicetuskan daripada hakikat bahawa kekurangan dana dan pendedahan awam merupakan antara beberapa halangan terbesar yang dihadapi oleh syarikat-syarikat dalam peringkat pengembang­an.

“Menerusi platform ini, kita dapat melihat beberapa syarikat yang menerima pembiayaan sehingga AS$25 juta,” katanya dalam satu kenyataan.

Dragon Venture Platform SEA PIKOM melibatkan dua kategori pembiayaan, iaitu Siri A: AS$1 hingga AS$3 juta dan Siri B/C: AS$3 hingga AS$25 juta atau lebih.

Dragon Venture Platform SEA, yang anjuran bersama PIKOM dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) sebagai rakan strategik, terbukti menjadi inisiatif yang bermanfaat, yang menarik 170 permohonan.

Namun hanya 32 syarikat disenarai akhir dan akan diberikan peluang untuk terus bergerak kepada lebih 40 pemodal teroka, pelabur dan individu kaya, bernilai tinggi.

“Daripada 32 yang memasuki senarai akhir selepas proses pemilihan selama dua bulan menerusi empat pusingan, kira-kira enam puluh peratus daripadany­a terdiri daripada rakyat Malaysia.

“Syarikat akan menemui pelabur yang aktif melabur dalam pasaran ASEAN, China dan Asia Utara dan terus mengenal pasti syarikat yang mempunyai idea dan strategi tepat untuk melabur,” kata Ganesh. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia