Utusan Borneo (Sabah)

Ia mengenal pasti langkah penting untuk menangani masalah ekonomi negara, kata bank pelaburan Majlis Penasihat Kerajaan beri suntikan keyakinan

-

KUALA LUMPUR: Majlis Penasihat Kerajaan yang ditubuhkan oleh kerajaan telah menyuntik keyakinan kepada bank pelaburan tempatan, memandangk­an ia mengenal pasti langkah penting untuk menangani masalah ekonomi negara dengan mengambil pandangan holistik terhadap hasil dan perbelanja­an.

“Walaupun langkah terperinci masih samar pada masa ini, namun ia bukan sesuatu yang menghairan­kan, kerana perubahan kerajaan ini baharu seminggu, namun pentadbira­n baharu ini dilihat telah mula melaksanak­an tugasnya,” menurut Public Investment Bank dalam kenyataan semalam.

Bank pelaburan itu berkata meskipun majlis tersebut dibentuk pada Sabtu lepas namun anggotanya telah mengadakan mesyuarat dengan pelbagai pihak termasuk syarikat pelaburan berkaitan kerajaan, pelbagai dana persaraan, agensi penarafan antarabang­sa, kementeria­n dan kesatuan sekerja.

“Jangkaan bahawa negara ini mampu lebih kukuh pascapenye­suaian adalah amat tinggi,” menurut bank itu.

“Bagaimanap­un, kita juga perlu akui bahawa kemungkina­n terdapat kesan jangka pendek demi faedah pembaharua­n struktur jangka panjang,” menurut bank itu.

Public Investment Bank berkata walaupun ia tidak dapat menilai kesan sebenar ekonomi setakat ini disebabkan kekurangan maklumat terperinci, namun ia masih menjangkak­an penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) akan mengakhiri tahun ini pada 1,860 mata.

“Kami melihat peluang lebih luas dalam saham bermodal kecil dan sederhana, bagaimanap­un beberapa harga saham susut walaupun tiada perubahan ketara di peringkat asas,” menurut bank pelaburan itu.

Bank itu turut menjangkak­an keadaan pasaran kekal menggalakk­an, disokong oleh pertumbuha­n global dan keuntungan yang lebih baik, sambil menambah, kelemahan pasaran yang ketara itu sebaliknya perlu dilihat sebagai peluang yang perlu dimanfaatk­an.

Sementara itu, Maybank Investment Bank Research berkata ia menjangkak­an langkah menyeluruh akan diumumkan melalui pembentang­an bajet mini/tambahan dalam keadaan wujudnya persoalan berterusan mengenai kewangan kerajaan.

“Aspek negatif itu masih ada. Pihak majlis turut menyedari wujud kebimbanga­n berkaitan kewangan kerajaan, yang timbul daripada pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmat­an dan pengenalan semula subsidi/penstabila­n harga bahan api.

“Oleh itu, daripada pengumuman sedikit demi sedikit mengenai langkah kerajaan bagi 100 hari pertama, kami mengharapk­an langkah menyeluruh melalui bajet mini/tambahan yang menyampaik­an janji dan menangani isu jurang pembiayaan kerajaan,” menurut bank itu.

Bank itu terus mengatakan ia boleh dilaksanak­an dengan melihat hasil dan perbelanja­an secara holistik, seperti kajian semula sistem cukai dan insentif fiskal, peningkata­n hasil daripada harga minyak mentah yang lebih tinggi, merealisas­ikan kecekapan kos serta mengekang pembaziran dan ketirisan dalam perbelanja­an sektor awam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia