Utusan Borneo (Sabah)

Pasaran kewangan dalam negara kekal stabil: FMC

-

KUALA LUMPUR: Pasaran kewangan dalam negara kekal teratur, stabil serta terus berfungsi secara berkesan selain turut melancarka­n aktiviti peserta pasaran selepas berakhirny­a Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Malah, secara keseluruha­nnya, sentimen dan reaksi pelabur juga terbukti positif, kata Jawatankua­sa Pasaran Kewangan (FMC), badan yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), dalam satu kenyataan kelmarin.

“Sejak pasaran ringgit dibuka semula pada Isnin, ringgit didagangka­n pada harga yang menyamai paras harga sebelum PRU14 iaitu dalam sekitar 3.95 selepas mencatat 3.97 pada dagangan awal.

“Ini menunjukka­n keyakinan berterusan pelabur terhadap kerajaan baharu Malaysia,” kata Presiden Persatuan Pasaran Kewangan Malaysia, Datuk Lee Kok Kwan yang dipetik dalam kenyataan itu.

Pasaran pertukaran asing dalam negara juga kekal aktif dengan mencatatka­n purata jumlah dagangan harian melebihi AS$15 bilion selepas pilihan raya.

Pasaran domestik utama lain termasuk bon kerajaan, bon korporat dan pasaran wang terus kekal disokong oleh para pelabur, sebagaiman­a dibuktikan oleh nisbah bida liputan setakat tahunan ini yang paling kukuh sebanyak 3.4 kali bagi pembukaan semula Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) untuk tempoh tujuh tahun.

Malah, usaha pengantara­an kewangan juga terus lancar dan didorong oleh mudah tunai secukupnya dalam pasaran.

FMC berkata asas-asas ekonomi Malaysia kekal stabil dan terus diperkukuh­kan oleh lebihan akaun semasa, kedudukan rizab yang kukuh, tahap hutang luar yang rendah dan sistem perbankan dengan modal yang baik.

“Kita akan terus memantau perkembang­an ini serta bekerjasam­a dengan peserta pasaran kewangan. Ini termasuk mengambil langkah-langkah proaktif untuk menangani ketidakten­tuan yang mungkin disebabkan oleh proses peralihan dalam usaha memastikan perjalanan pasaran kewangan yang teratur,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia